INTERNATIONAL
Naib Menteri Luar Korea Selatan lawat Indonesia minggu ini, bincang kerjasama dua hala
Kim dijadual berlepas ke Jakarta pada Selasa untuk lawatan dua hari, yang akan merangkumi perbincangan isu utama kerjasama dua hala melalui saluran diplomatik peringkat tinggi. - Gambar fail Reuters
SEOUL: Naib Menteri Luar Pertama Korea Selatan, Kim Hong-kyun akan mengadakan lawatan ke Indonesia minggu ini bagi membincangkan kerjasama dua hala dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, menurut Kementerian Luar Korea Selatan pada Isnin, lapor Agensi Berita Yonhap.
Kim dijadual berlepas ke Jakarta pada Selasa untuk lawatan dua hari, yang akan merangkumi perbincangan isu utama kerjasama dua hala melalui saluran diplomatik peringkat tinggi, termasuk pertemuan dengan seorang naib menteri Indonesia, menurut kementerian itu.
Lawatan ini adalah sebahagian daripada usaha Korea Selatan untuk memperkukuh hubungan dengan negara anggota ASEAN secara individu, susulan pemeteraian "perkongsian strategik komprehensif" dengan blok serantau itu pada akhir tahun lepas.
Kira-kira 2,000 syarikat Korea Selatan beroperasi di Indonesia, yang merupakan antara negara anggota ASEAN terpenting serta rakan ekonomi utama Seoul.
-- BERNAMA