Calon Presiden daripada Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), Joko Widodo (Jokowi), secara rasmi mengumumkan mantan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebagai calon Naib Presiden beliau.
Pengumuman tersebut telah dilakukan di Gedung Joang 45, Menteng, Jakarta, Indonesia, pada jam 12 tengah hari, waktu Indonesia.
Menurut laporan langsung dari agensi berita Kompas TV, Jokowi telah membuat pengumuman tersebut berdasarkan hasil perbincangan di antara Ketua Umum PDI-P, Megawati Soekarnoputri dan parti-parti gabungan lain.
Seperti yang dispekulasikan, Jusuf Kalla atau lebih dikenali dengan panggilan JK adalah merupakan calon paling sesuai digandingkan dengan Jokowi.
Lapor Kompas TV lagi, Ketua Umum DPP Parti Kebangkitan Bangsa, Muhaimin Iskandar turut mengakui kesesuaian JK sebagai pendamping Jokowi.
"JK dipilih kerana kredibiliti beliau yang tinggi serta pengalamannya" kata Muhaimin yang ditemui di kediaman Megawati di Jalan Teuku Umar.
Sebelum ini, dalam kenyataannya, Jokowi ada berjenaka mengenai dua huruf awal nama bakal pendamping beliau sama ada "J"atau "A".
Jokowi dan JK akan mendaftar secara rasmi sebagai calon presiden dan wakil presiden di Komisi Pemilihan Umum (KPU) petang ini.
Sementara itu, seorang lagi calon presiden dari Parti Gerindra, Prabowo Subianto bakal mengumumkan Calon Naib Presiden petang ini.
Azyyati Ahmad, Fuad Misbah
Mon May 19 2014
Calon presiden dari Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan, Joko Widodo (kiri) dan Jusuf Kalla
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
Naib Presiden: Jusuf Kalla diumum pendamping Jokowi
Joko Widodo (Jokowi), secara rasmi mengumumkan mantan Naib presiden Indonesia Jusuf Kalla sebagai calon Naib Presiden beliau.