DUNIA
Naib Presiden Palestin bertemu Tony Blair sebelum sidang kemuncak gencatan senjata Gaza
Al-Sheikh dan Blair membincangkan urusan pasca perang dan usaha mengukuhkan gencatan senjata di Gaza dalam pertemuan di Amman pada Ahad. - Foto Facebook Hussein AlSheikh
RAMALLAH: Naib Presiden Palestin Hussein al-Sheikh pada Ahad bertemu bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair di Amman bagi membincangkan urusan pasca perang dan usaha mengukuhkan gencatan senjata di Gaza, lapor Xinhua memetik kenyataan al-Sheikh.
Dalam kenyataan di platform media sosial X, al-Sheikh berkata kepimpinan Palestin bersedia bekerjasama dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, Blair dan rakan antarabangsa lain bagi memperkukuh gencatan senjata, memudahkan bantuan kemanusiaan, menjamin pembebasan tawanan serta tahanan, dan memajukan usaha pembinaan semula Gaza.
Beliau berkata pihak Palestin menekankan keperluan menamatkan langkah yang menjejaskan Pihak Berkuasa Palestin, membebaskan hasil cukai Palestin yang ditahan, serta mengelak tindakan yang boleh menggugat penyelesaian dua negara -- sambil menyifatkan langkah-langkah itu penting untuk mencapai keamanan berkekalan berasaskan legitimasi antarabangsa.
Seorang pegawai kanan Hamas sebelum ini menyatakan bahawa Blair tidak dialu-alukan memegang sebarang peranan pasca perang di Gaza, dengan merujuk kepada penglibatannya dalam perang Iraq dan Afghanistan.
Menurut cadangan AS, Blair dijangka berkhidmat dalam sebuah badan penyelia antarabangsa yang akan memantau jawatankuasa teknokrat Palestin sementara, bertanggungjawab mengurus perkhidmatan awam di Gaza.
Pertemuan di Amman itu diadakan menjelang "Sidang Kemuncak Keamanan Sharm el-Sheikh" yang dijadual berlangsung Isnin di pusat peranginan Laut Merah, Mesir.
Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi dan Trump dijangka mempengerusikan bersama sidang itu yang menghimpunkan lebih 20 pemimpin dunia bagi membincangkan usaha mengukuhkan gencatan senjata Gaza serta merangka pelan pasca perang untuk menstabilkan rantau berkenaan.
-- BERNAMA