awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib kutuk serangan bom di Ankara, Turki

Bernama
Bernama
15/03/2016
09:01 MYT
Najib kutuk serangan bom di Ankara, Turki
Najib turut bersetuju dengan gesaan Presiden (Turki) Recep Tayyip Erdogan supaya keganasan ditakrifkan semula untuk memasukkan mereka yang menyokong tindakan seperti serangan itu. - Foto AFP
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengutuk sekeras-kerasnya insiden pengeboman di Ankara, Turki, pada Ahad lepas, dan berkata terdapat keperluan bagi kerajaan untuk mempertingkatkan usaha mereka dalam kerjasama risikan antarabangsa ke arah memerangi keganasan.
"Tindakan keganasan yang kejam ini tidak ada tempat dalam masyarakat kita dan saya bersetuju dengan gesaan Presiden (Turki) Recep Tayyip Erdogan supaya keganasan ditakrifkan semula untuk memasukkan mereka yang menyokong tindakan seperti itu," katanya.
Najib menyatakan demikian menerusi status terkini Facebook beliau hari ini susulan insiden letupan kereta di Ankara yang mengorbankan 37 orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 125 mangsa.
"Kita mesti sentiasa ke hadapan dalam peperangan menentang keganasan dengan mempertingkatkan usaha kita dalam kerjasama risikan antarabangsa," katanya.
FOTO: Kesedihan keluarga korban bom di Ankara
FOTO: Letupan di Ankara ragut 34 nyawa
Najib turut merakamkan takziah yang mendalam kepada kerajaan Turki dan keluarga mangsa yang terjejas akibat serangan itu.
Beliau mengingatkan rakyat Malaysia di Turki supaya sentiasa bertenang dan berwaspada terhadap keadaaan di sekeliling mereka pada setiap masa.
Katanya jika perlu, rakyat Malaysia diminta menghubungi Kedutaan Malaysia di Ankara menerusi talian +(90)312-4463547 atau +(90)312-4463548.
Topic Berkaitan
#Ankara
#keganasan
#Malaysia
#Najib Razak
#Recep Tayyip Erdogan
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan