DUNIA
Nama pengguna TRT World, Reuters di platform X 'disekat' di India
Pada Mei tahun ini, Kerajaan India mengarahkan X untuk menyekat lebih 8,000 akaun, termasuk milik organisasi berita asing. - Media sosial X
NEW DELHI: Nama pengguna media sosial Turkiye TRT World, agensi berita global Reuters dan akhbar berbahasa Inggeris China, Global Times tidak dapat diakses menerusi platform X di India pada Ahad.
Mereka yang cuba mengakses maklumat daripada ketiga-tiga sumber berita itu menerima mesej daripada syarikat media sosial berkenaan yang memaklumkan bahawa halaman terbabit telah "ditahan di IN sebagai respons kepada permintaan undang-undang."
Media tempatan yang memetik sumber kerajaan berkata India tidak meminta untuk menyekat Reuters.
"Tiada keperluan daripada Kerajaan India untuk menahan nama pengguna Reuters. Kami sedang bekerjasama secara berterusan dengan 'X' untuk menyelesaikan isu ini," kata jurucakap Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat seperti dipetik.
Kerajaan India secara kerap meminta syarikat media sosial menyekat akaun yang dianggapnya tidak sesuai.
Pada Mei tahun ini, Kerajaan India mengarahkan X untuk menyekat lebih 8,000 akaun, termasuk milik organisasi berita asing.
-- BERNAMA