DUNIA

Namibia sahkan kes pertama mpox

Bernama 20/10/2025 | 03:40 MYT
Mpox, sejenis penyakit zoonotik telah dilaporkan di banyak negara di seluruh dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan sekitar 17 negara di benua Afrika kini berdepan wabak aktif. - Gambar hiasan
LUSAKA (Zambia): Namibia pada Ahad mengisytiharkan wabak mpox selepas merekodkan kes pertama penyakit itu di bandar pesisir Swakopmund, yang terletak di barat ibu negara Windhoek, lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Pesakit sedang menerima rawatan komprehensif dan diasingkan di Hospital Daerah Swakopmund dalam keadaan stabil," kata Menteri Kesihatan dan Perkhidmatan Sosial Esperance Luvindao dalam satu kenyataan.

Mpox, sejenis penyakit zoonotik telah dilaporkan di banyak negara di seluruh dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan sekitar 17 negara di benua Afrika kini berdepan wabak aktif.

Antara negara terjejas dalam Komuniti Pembangunan Afrika Selatan (SADC) ialah Zambia, Malawi, Tanzania dan Republik Demokratik Congo.

Luvindao berkata, siasatan awal mengaitkan kes semasa dengan sejarah perjalanan rentas sempadan dalam kalangan negara SADC, sambil menambah bahawa pihak berkuasa telah mengaktifkan tindak balas kecemasan kesihatan awam dan menggerakkan sumber bagi menangani wabak itu.

-- BERNAMA


#namibia #wabak mpox #kes pertama mpox #penyakit zoonotik