DUNIA
Nancy Pelosi umum persaraan, tamatkan kerjaya politik puluhan tahun di Kongres AS
Pelosi umum tidak akan bertanding semula selepas penggal tamat pada Januari 2027, menamatkan kerjaya lebih 40 tahun di Kongres AS. - Foto REUTERS
SAN FRANCISCO: Tokoh Demokrat veteran, Nancy Pelosi, mengumumkan persaraannya daripada Kongres Amerika Syarikat, menamatkan kerjaya politik selama lebih empat dekad yang menjadikannya antara wanita paling berpengaruh dalam sejarah politik negara itu.
Ringkasan AI
Dalam satu mesej video pada Khamis, Pelosi, 85, berkata beliau tidak akan bertanding semula selepas tamat penggalnya pada Januari 2027.
“Kita telah mencipta sejarah, kita telah membuat kemajuan,” katanya sambil menyeru rakyat San Francisco untuk “menyedari kuasa mereka” dalam demokrasi.
Pelosi mula mewakili San Francisco di Dewan Perwakilan pada 1987 dan mencatat sejarah sebagai wanita pertama dilantik sebagai Speaker Dewan pada 2007.
Beliau memegang jawatan itu sehingga 2011, dan kembali menerajui Dewan dari 2019 hingga 2023.
Sebagai Speaker, Pelosi memainkan peranan penting dalam meluluskan dasar kesihatan utama Presiden Barack Obama dan pelbagai rang undang-undang berkaitan infrastruktur serta perubahan iklim di bawah pentadbiran Presiden Joe Biden.
Pelosi juga dikenali kerana konfrontasinya dengan Presiden Donald Trump, termasuk insiden merobek ucapan State of the Union beliau secara terbuka.
Sepanjang kerjayanya, beliau mengetuai dua usaha pemecatan terhadap Trump; pertama pada 2019 berhubung isu Ukraine, dan kedua pada 2021 susulan insiden serangan ke atas Capitol AS.
Kedua-dua usaha itu gagal selepas Trump dibebaskan oleh Senat yang dikuasai Republikan.
Mengulas pengumuman Pelosi, Trump menyifatkan beliau sebagai “wanita jahat” dan menyambut baik persaraannya, dengan menyatakan bahawa ia adalah “khidmat besar kepada negara.”
Selepas era Trump, Pelosi terus memainkan peranan penting dalam meluluskan agenda Biden, termasuk pakej bantuan COVID-19, perbelanjaan infrastruktur dwipartisan, program sosial dan alam sekitar bernilai trilion dolar, serta undang-undang melindungi perkahwinan sejenis.
Beliau digantikan sebagai ketua Demokrat di Dewan oleh Wakil New York, Hakeem Jeffries, pada 2022.
Namun, pengaruh Pelosi kekal utuh, termasuk peranannya dalam meluluskan Proposition 50 di California; usaha persempadanan semula yang bertujuan menawan lima kerusi Dewan bagi Demokrat menjelang pilihan raya pertengahan 2026.
Ringkasan AI
- Pelosi umum tidak akan bertanding semula selepas penggal tamat pada Januari 2027, menamatkan kerjaya lebih 40 tahun di Kongres AS.
- Wanita pertama jadi Speaker Dewan, beliau bantu lulus dasar utama Obama dan Biden serta mengetuai dua usaha pemecatan terhadap Trump.
- Walaupun bukan lagi Speaker, Pelosi kekal aktif dalam politik, termasuk usaha persempadanan semula di California menjelang pilihan raya 2026.