Napolitano batal pertemuan dengan pembangkang Jerman

Agensi
Februari 28, 2013 09:44 MYT
Presiden Itali, Giorgio Napolitano yang kini berada di Jerman telah membatalkan pertemuan dengan pembangkang Jerman, Peer Steinbrueck.
Ia susulan kenyataan Steinbrueck bahawa pilihan raya Itali dimenangi oleh dua orang badut.
Steinbrueck terkenal kerana sering membuat kenyataan kontroversi.
Beliau yang bakal mencabar Cancellor Angela Merkel pada pilihan raya September ini menyifatkan bekas perdana menteri Itali, Silvio Berlusconi dan Beppe Grillo sebagai badut.
Bagaimanapun Steinbrueck ketika mempertahankan diri berkata kenyataan itu dibuatnya secara berjenaka.
Itali terjebak dalam ketidaktentuan politik selepas pilihan raya yang diadakan pada Ahad dan Isnin lalu gagal membentuk kerajaan.
Ia juga mungkin menyaksikan pembentukan kerajaan campuran.
#Cancellor Angela Merkel #Giorgio Napolitano #Peer Steinbrueck #Silvio Berlusconi