NASA lancar kapal angkasa dekati matahari

Astro Awani
Ogos 12, 2018 22:21 MYT
Parker Solar Probe yang berlepas dari Cape Canaveral, Florida pada Ahad bakal menjadi objek buatan manusia paling hampir dengan matahari. -Foto Sinar Harian
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) cipta sejarah baharu apabila melancarkan kapal angkasa mendekati matahari.
Parker Solar Probe yang berlepas dari Cape Canaveral, Florida pada Ahad bakal menjadi objek buatan manusia paling hampir dengan matahari.
Kapal angkasa ini akan berada pada jarak sekitar 6.12 juta kilometer dari matahari.
Ia mampu menahan suhu melangkaui 1400 Celsius, selain turut menawarkan ketahanan radiasi yang sangat tinggi.
Misi ini membolehkan NASA membuat kajian lebih terperinci mengenai matahari.
Ia termasuk berkaitan fenomena angin suria selain bagaimana bintang berkenaan beroperasi dan memahami proses fizik di sebaliknya.
#Cape Canaveral #kapal angkasa #ketahanan radiasi #NASA #paling hampir dengan matahari #Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan