awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebersihan bandar bukan tanggungjawab kerajaan sahaja - Nga
Filipina sedia corak masa depan pelancongan serantau menjelang Kepengerusian ASEAN 2026
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NASA lancar roket kaji kesan perubahan iklim

Astro Awani
Astro Awani
16/12/2022
23:20 MYT
NASA lancar roket kaji kesan perubahan iklim
Falcon 9 yang dimiliki syarikat roket komersil Elon Musk itu dilancarkan di Pangkalan Angkasa Vandenberg, California. - Foto AP
CALIFORNIA: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) melancarkan roket Space-X yang membawa satelit AS-Perancis bagi melakukan pemetaan air di permukaan bumi.
Misi pertama kali itu dijangka memberi maklumat baharu mengenai mekanik perairan dan kesannya terhadap perubahan iklim.
Falcon 9 yang dimiliki syarikat roket komersil Elon Musk itu dilancarkan di Pangkalan Angkasa Vandenberg, California.
Selain lautan, ia akan mengukur ketinggian dan aliran air di berjuta-juta tasik dan lebih daripada 1 juta sungai.
Para saintis berkata pengukuran itu diperlukan kerana perubahan iklim memburukkan lagi kemarau, banjir dan hakisan pantai.
Antara lain matlamat utama misi tersebut untuk meneroka cara lautan menyerap haba atmosfera dan karbon dioksida dalam proses mengawal suhu global semula jadi dan membantu meminimumkan perubahan iklim.
Topic Berkaitan
#NASA
#perubahan iklim
#Space-X
#pemetaan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan