Nasihat kepada warga Malaysia di Indonesia

Astro Awani
April 19, 2019 04:29 MYT
Rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk mengelak daripada berada di lokasi perhimpunan bagi menghindari kesesakan orang ramai dan lalulintas. Foto: AP Photo/Dita Alangkara
Notis Kedutaan Besar Malaysia Jakarta
Media tempatan melaporkan akan terdapat perhimpunan massa di tempat awam tertentu pada hari Jumaat, 19 April 2019.
Rakyat Malaysia yang berada di Indonesia dinasihatkan sentiasa mengikuti perkembangan terkini melalui siaran berita tempatan dan elakkan daripada mempercayai maklumat yang diragui kesahihannya.
Selain itu, rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk mengelak daripada berada di lokasi perhimpunan bagi menghindari kesesakan orang ramai dan lalulintas. Sila patuhi sebarang arahan pihak berkuasa tempatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di Indonesia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di talian +62215224947 (waktu pejabat), +6281380813036 (selepas waktu pejabat) atau emel di mwjakarta@kln.gov.my. Rakyat Malaysia juga digalakkan untuk mengikuti kami di laman Facebook @EmbassyMalaysiaJakarta atau Twitter @MYEmbJKT untuk sebarang maklumat terkini. Pendaftaran dengan Kedutaan boleh dibuat melalui pautan berikut: goo.gl/ixYVfy
Kedutaan Besar Malaysia
JAKARTA
18 April 2019
#Indonesia #Jakarta #Kedutaan Malaysia di Indonesia #Malaysia #Pemilu2019 #perhimpunan #PilPres2019 #rakyat Malaysia