MOSCOW: Perancis bersedia untuk meningkatkan kerjasama pertahanan dan keselamatan dengan Sweden dan Finland dalam usaha kedua-dua negara untuk mendapatkan keahlian NATO, lapor Sputnik.
"Perancis mengesahkan komitmen dan solidaritinya di bawah Artikel 42.7 Perjanjian Kesatuan Eropah, dan bersedia untuk meningkatkan kerjasama keselamatan dan pertahanannya dengan kedua-dua rakan kongsi, termasuk melalui rundingan politik peringkat tinggi dan interaksi ketenteraan," memetik kenyataan Istana Elysee pada Isnin.
Selain itu, Perancis berikrar "berganding bahu dengan Finland dan Sweden" sekiranya kedaulatan kedua-dua negara terancam.
Terdahulu, Perdana Menteri Norway Jonas Gahr Store berkata Oslo, bersama Copenhagen dan Reykjavik, menyatakan akan menyokong Helsinki jika terdapat ancaman ketenteraan.
Store berkata keahlian dalam NATO dijangka memudahkan keupayaan pertahanan kolektif dan mengukuhkan keselamatan di Atlantik Utara. Finland dan Sweden sudah memenuhi syarat untuk menyertai pakatan tentera itu.
Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg pada Ahad berkata perikatan itu mengalu-alukan Finland dan Sweden dan berjanji untuk mempercepatkan permohonan keahlian mereka.
Namun proses penyertaan mungkin mengambil masa sehingga beberapa bulan, kerana semua anggota NATO mesti mengesahkan protokol penyertaan di peringkat nasional, dengan bantahan Turki mungkin akan melewatkan proses itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 17 2022

Perancis berikrar "berganding bahu dengan Finland dan Sweden" sekiranya kedaulatan kedua-dua negara terancam. - Gambar hiasan/ Reuters

AWANI Ringkas: 4,111 aduan pencemaran bagi enam bulan pertama

Politik | Jazlan ada gangguan psikologi – Mohd Amar
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sifatkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed ada gangguan psikologi. Ini gara-gara mendakwa menteri dari Pas sebagai gagal memikul tanggungjawab dalam kerajaan.

Balak Asli | Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak
Aktiviti pembalakan di kawasan Hulu Kelantan akan terus berjalan kerana kerajaan negeri bergantung kepada hasil pembalakan. Menurut Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lalu.

Nur Jazlan ada gangguan psikologi - Mohd Amar
Mohd Amar berkata ketiga-tiga menteri dari Pas menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam kerajaan.

Niaga AWANI: Pelaburan | Unjuran separuh kedua 2022 dan cabaran utama

Niaga AWANI: Suku tahun pertama 2022

AFCON 2023 ditunda ke Januari 2024
Kejohanan itu sepatutnya diadakan di Ivory Coast pada waktu rehat kejohanan-kejohanan di Eropah tahun depan.

Bilik angkasa lepas daripada bahan kitar semula
Bilik yang dinamakan sebagai Alpha Aerospace itu, pada asalnya merupakan Bilik Pendidikan Bahasa Arab J-QAF.

AWANI Pagi: Kelebihan pertanian kendiri
#AWANIpagi berbincang isu pertanian pintar bersama Pengasas Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Makanan dan Biobahan, UTM, Professor Dr Ida Idayu Muhamad.

Pasca COVID-19: Trend percutian, pelancongan semakin berubah
Sktor pelancongan dan pelancongan yang lebih inklusif dan berdaya tahan perlu dibina.

Rusia dakwa 'kuasai sepenuhnya' wilayah Luhansk, Ukraine
Wilayah Luhansk kini berada di bawah kawalan Moscow sepenuhnya, lapor Agensi Anadolu.

Perang dunia ketiga bakal tercetus jika Ukraine sertai NATO - Tun M
Salah satu perjanjian antara negara-negara NATO iaitu serangan terhadap satu akan dianggap sebagai serangan terhadap semua negara anggota.

27 anggota EU bersedia beri status calon kepada Ukraine minggu ini
Kesatuan Eropah (EU) bersedia untuk memberikan secara rasmi status calon kepada Ukraine minggu ini, lapor Sputnik.

MIDF kekal unjuran 16.9 peratus, 19.2 peratus untuk eksport, import tahun ini
Walaupun Malaysia mencatatkan hasil dagangan yang kukuh pada Mei 2022 namun ia dijelaskan oleh asas yang lebih rendah pada Mei 2020.

Warga Rusia memasuki Ukraine perlu visa mulai 1 Julai
Zelenskyy mencadangkan agar anggota Kabinet mempertimbangkan untuk semakan semula kemasukan warga Rusia ke Ukraine.

Itali siap siaga hadapi ancaman serangan siber Killnet
Itali mengambil langkah berjaga-jaga selepas kumpulan penggodam pro-Rusia 'Killnet' yang mendakwa ia akan melancarkan serangan siber pada Isnin.

Inflasi makanan Malaysia dijangka dalam aliran meningkat - MIDF
Inflasi makanan Malaysia dijangka kekal dalam aliran meningkat pada bulan-bulan akan datang.

Rusia pertimbang RUU benarkan golongan profesional sertai tentera
Menurut laman web tersebut, bagi penggunaan, pengendalian dan peralatan senjata ketepatan tinggi, golongan pakar yang profesional amat diperlukan.

Tiada pengganti Grand Prix Rusia bagi musim 2022
Kini disahkan, tidak akan ada pengganti, bermakna hanya 22 perlumbaan akan berlangsung berbanding 23 sebelum ini.

NATO: Perancis akan perkukuh kerjasama pertahanan dengan Sweden, Finland
Perancis bersedia untuk meningkatkan kerjasama pertahanan dan keselamatan dengan Sweden dan Finland dalam usaha kedua-dua negara untuk mendapatkan keahlian NATO, lapor Sputnik.