DUNIA
Negara Amerika Latin kecam serangan Israel ke atas Iran
Fasiliti penyimpanan minyak di Tehran, Iran terbakar selepas diserang peluru berpandu Israel, 15 Jun 2025. -Gambar fail/AP
BOGOTA/ISTANBUL: Beberapa negara Amerika Latin mengeluarkan kenyataan keras mengecam tindakan Israel melancarkan serangan udara ke atas Iran, sambil menyeru semua pihak agar mengutamakan diplomasi dan mengekang ketegangan serantau.
Ringkasan AI
Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, menyifatkan serangan Israel ke atas kemudahan nuklear dan ketenteraan Iran sebagai tindakan agresif yang melanggar undang-undang antarabangsa.
Dalam ucapan yang disiarkan menerusi saluran televisyen kerajaan VTV, beliau menyatakan solidariti penuh dengan Tehran serta menyuarakan sokongan kepada Palestin, Syria, Lubnan, Yaman dan seluruh umat Islam.
“Israel dibekalkan senjata dan peluru berpandu dengan dana besar untuk membunuh ribuan kanak-kanak, wanita dan warga emas,” katanya sambil menggesa masyarakat antarabangsa menghentikan kekejaman yang didakwanya sebagai genosid terhadap rakyat Palestin.
Sementara itu, Kementerian Luar Colombia turut mengecam serangan tersebut dan menekankan keperluan mematuhi norma kemanusiaan serta undang-undang antarabangsa.
“Kami bimbang terhadap kesan ketenteraan terkini terhadap kestabilan serantau dan keselamatan global,” menurut kenyataan rasmi kementerian itu.
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum, pula menegaskan komitmen negaranya terhadap keamanan dan menyeru agar saluran diplomatik dikekalkan.
“Mexico akan sentiasa menyokong keamanan dalam erti kata yang paling luas,” katanya sambil menolak sebarang tindakan yang boleh mengancam nyawa orang awam.
Presiden Bolivia, Luis Arce, dalam kenyataan di platform X, menyifatkan serangan Israel pada 13 Jun sebagai satu provokasi dan menyatakan solidariti dengan rakyat Iran.
Beliau turut mengutuk kematian orang awam termasuk dua saintis nuklear dan pegawai tentera kanan dalam serangan tersebut.
Serangan udara Israel ke atas Iran sejak Jumaat lalu telah mencetuskan kebimbangan global, dengan banyak negara menyeru agar konflik diselesaikan melalui rundingan dan bukan kekerasan.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Beberapa negara Amerika Latin seperti Venezuela, Colombia, Mexico dan Bolivia mengecam serangan udara Israel ke atas Iran dan menyeru agar diplomasi diutamakan.
- Presiden Venezuela menyifatkan tindakan Israel sebagai agresif dan melanggar undang-undang antarabangsa, serta menyatakan sokongan kepada Iran dan negara-negara Islam lain.
- Negara-negara tersebut menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan serantau dan global, serta menolak kekerasan yang mengancam nyawa orang awam.
Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, menyifatkan serangan Israel ke atas kemudahan nuklear dan ketenteraan Iran sebagai tindakan agresif yang melanggar undang-undang antarabangsa.
Dalam ucapan yang disiarkan menerusi saluran televisyen kerajaan VTV, beliau menyatakan solidariti penuh dengan Tehran serta menyuarakan sokongan kepada Palestin, Syria, Lubnan, Yaman dan seluruh umat Islam.
“Israel dibekalkan senjata dan peluru berpandu dengan dana besar untuk membunuh ribuan kanak-kanak, wanita dan warga emas,” katanya sambil menggesa masyarakat antarabangsa menghentikan kekejaman yang didakwanya sebagai genosid terhadap rakyat Palestin.
Sementara itu, Kementerian Luar Colombia turut mengecam serangan tersebut dan menekankan keperluan mematuhi norma kemanusiaan serta undang-undang antarabangsa.
“Kami bimbang terhadap kesan ketenteraan terkini terhadap kestabilan serantau dan keselamatan global,” menurut kenyataan rasmi kementerian itu.
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum, pula menegaskan komitmen negaranya terhadap keamanan dan menyeru agar saluran diplomatik dikekalkan.
“Mexico akan sentiasa menyokong keamanan dalam erti kata yang paling luas,” katanya sambil menolak sebarang tindakan yang boleh mengancam nyawa orang awam.
Presiden Bolivia, Luis Arce, dalam kenyataan di platform X, menyifatkan serangan Israel pada 13 Jun sebagai satu provokasi dan menyatakan solidariti dengan rakyat Iran.
Beliau turut mengutuk kematian orang awam termasuk dua saintis nuklear dan pegawai tentera kanan dalam serangan tersebut.
Serangan udara Israel ke atas Iran sejak Jumaat lalu telah mencetuskan kebimbangan global, dengan banyak negara menyeru agar konflik diselesaikan melalui rundingan dan bukan kekerasan.

#Amerika Latin
#Konflik Iran-Israel
#Venezuela Colombia Mexico dan Bolivia
#kecam serangan udara Israel