awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara anggota EU sokong penetapan umur minimum akses media sosial

Bernama
Bernama
24/10/2025
08:40 MYT
Negara anggota EU sokong penetapan umur minimum akses media sosial
Australia telah meluluskan undang-undang pada November 2024 bagi mengehadkan akses media sosial kepada kanak-kanak dan remaja. - Gambar hiasan/ Reuters
BRUSSELS: Para pemimpin Kesatuan Eropah (EU) menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan had umur minimum bagi akses ke platform media sosial, namun menegaskan bahawa mereka tidak berhasrat menyerahkan kuasa kawalan isu itu kepada Brussels, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Majlis Eropah menekankan kepentingan melindungi golongan bawah umur, termasuk melalui penetapan umur dewasa secara digital bagi akses ke media sosial, dengan menghormati bidang kuasa negara masing-masing," menurut kenyataan yang diterima selepas sidang kemuncak EU di Brussels pada Khamis.
Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen sebelum ini mencetuskan perdebatan semula berhubung isu itu dengan cadangan supaya EU memperkenalkan had umur minimum penggunaan media sosial di seluruh blok berkenaan.
Sekumpulan pakar dijangka mengemukakan syor mengenai pendekatan terbaik sebelum akhir tahun ini.
Jurucakap suruhanjaya berkata lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk melindungi kanak-kanak dalam talian.
Von der Leyen membandingkan pelaksanaan had umur bagi media sosial dengan sekatan terhadap penggunaan tembakau dan alkohol.
Beliau turut merujuk kepada Australia yang meluluskan undang-undang pada November 2024 bagi mengehadkan akses media sosial kepada kanak-kanak dan remaja.
Di bawah peraturan baharu itu, hanya pengguna berumur 16 tahun ke atas dibenarkan menggunakan platform berkenaan dan langkah itu dijangka dikuat kuasa pada Disember ini.
Suruhanjaya Eropah kini sedang membangunkan asas teknikal untuk pelaksanaan sekatan umur, termasuk aplikasi pengesahan yang bertujuan melindungi golongan bawah umur daripada kandungan tidak sesuai untuk kanak-kanak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#Kanak-kanak
#umur minimum
#Kesatuan Eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan