DUNIA
Negara Arab, Islam tolak rancangan Israel buka semula Lintasan Rafah hanya satu hala
Lintasan berkenaan hampir selamanya ditutup sejak Mei 2024 apabila tentera Israel mengambil alih bahagian Palestin. - Gambar fail/AP
ABU DHABI: Menteri luar beberapa negara Arab dan Islam pada Jumaat menyuarakan kebimbangan terhadap kenyataan terbaharu Israel yang mencadangkan Lintasan Rafah dibuka hanya sehala bagi memindahkan penduduk Gaza ke Mesir, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
Dalam kenyataan bersama, menteri luar Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir, Jordan, Indonesia, Pakistan, Turkiye, Arab Saudi dan Qatar menolak sebarang percubaan untuk memindahkan rakyat Palestin secara paksa, serta menggesa supaya rancangan yang dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dipatuhi, yang menurut mereka memerlukan Lintasan Rafah kekal dibuka dua hala bagi memastikan kebebasan pergerakan penduduk Gaza.
Kenyataan itu menegaskan bahawa rancangan itu bertujuan memastikan rakyat Palestin kekal di tanah mereka dan terlibat dalam usaha membina semula tanah air, selain memulihkan kestabilan dan memperbaiki keadaan kemanusiaan.
Menteri-menteri berkenaan turut menekankan kepentingan mengekalkan gencatan senjata, mengurangkan penderitaan orang awam, memastikan akses bantuan kemanusiaan tanpa sekatan, serta memulakan usaha pemulihan awal dan pembinaan semula.
Mereka juga menyorot keperluan mewujudkan keadaan yang membolehkan Pihak Berkuasa Palestin menyambung semula tanggungjawab mentadbir Gaza bagi menyediakan asas keselamatan dan kestabilan lebih kukuh.
Israel mengumumkan pada Rabu bahawa ia akan membuka semula lintasan itu dalam beberapa hari lagi di bawah perjanjian gencatan senjata Oktober dengan Hamas, tetapi menyatakan bahawa operasinya hanya sehala, membenarkan penduduk Palestin keluar dari Gaza tetapi tidak kembali. Kerajaan Mesir menafikan sebarang penyelarasan dengan Israel mengenai pembukaan semula itu.
Lintasan berkenaan hampir selamanya ditutup sejak Mei 2024 apabila tentera Israel mengambil alih bahagian Palestin. Sebelum itu, ia merupakan laluan keluar utama bagi penduduk Palestin dan pintu masuk penting bagi bantuan kemanusiaan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Menteri luar negara Arab dan Islam menolak cadangan Israel untuk membuka Lintasan Rafah secara satu hala demi memindahkan penduduk Gaza ke Mesir, meminta agar lintasan itu kekal dua hala bagi memastikan kebebasan pergerakan penduduk Gaza.
- Mereka menegaskan rancangan itu bertujuan untuk memastikan rakyat Palestin kekal di tanah mereka, terlibat dalam pembangunan negara dan memulihkan keadaan kemanusiaan, serta menekankan kepentingan gencatan senjata, mengurangkan penderitaan orang awam, dan memastikan akses bantuan kemanusiaan tanpa sekatan.
- Lintasan Rafah, ditutup sejak Mei 2024 selepas tentera Israel mengambil alih bahagian Palestin, sebelum ini merupakan laluan utama keluar bagi penduduk Palestin dan pintu masuk penting bagi bantuan kemanusiaan, dengan Israel mengumumkan akan membukanya namun hanya untuk membenarkan penduduk keluar tanpa kembali.