awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
Rizalman bersyukur, jariah bina Surau Ar Rijal bersama penderma Yayasan RI terlaksana
Pekerja Bangladesh maut dihempap kren di Jalan Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara Arab kecam insiden rempuhan di New Orleans

Bernama
Bernama
02/01/2025
22:45 MYT
Negara Arab kecam insiden rempuhan di New Orleans
FBI mengenal pasti penyerang sebagai Shamsud-Din Jabbar, seorang warga AS dari Texas dan veteran tentera. - Foto REUTERS
ISTANBUL: Beberapa negara Arab pada Rabu mengutuk insiden rempuhan kenderaan yang mengorbankan dan mencederakan puluhan orang di New Orleans, Amerika Syarikat (AS) pada awal pagi Rabu, lapor Agensi Anadolu (AA).
Sebuah trak pikap Ford F-150 putih merempuh pejalan kaki di kawasan French Quarter dalam kejadian kira-kira 3.15 pagi (0915GMT) Rabu, membunuh sekurang-kurangnya 15 orang dan mencederakan lebih 30 yang lain.
FBI mengenal pasti penyerang sebagai Shamsud-Din Jabbar, 42, seorang warga AS dari Texas dan veteran tentera.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Mesir menyatakan solidariti dengan AS dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
Kementerian itu menyatakan Mesir menolak semua bentuk keganasan yang mengancam keselamatan dan keselamatan orang awam.
Kementerian Luar Arab Saudi juga mengutuk serangan itu, dengan menyatakan bahawa kerajaan berkenaan "mengulangi penolakan sepenuhnya terhadap semua bentuk keganasan."
Mengutuk kejadian itu, Kementerian Luar Qatar turut mengulangi pendirian tegas negara itu terhadap semua bentuk keganasan dan perbuatan jenayah, tanpa mengira motif mereka.
Iraq mengutuk sekeras-kerasnya insiden rempuhan kenderaan itu dan menyatakan solidariti dengan rakyat Amerika.
Kementerian Luar Bahrain menyampaikan ucapan takziah yang "tulus" kepada keluarga mangsa serta kerajaan dan rakyat Amerika Syarikat.
Jordan juga menyertai negara Arab dalam mengutuk "serangan pengganas" di New Orleans dan menegaskan "penolakan kerajaan terhadap semua bentuk keganasan yang bertujuan untuk menjejaskan keselamatan dan kestabilan," menurut kenyataan daripada Kementerian Luar negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rempuhan
#Ford F-150
#French Quarter
#Shamsud-Din Jabbar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan