awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara Arab tolak rancangan Trump pindahkan penduduk Gaza

Bernama
Bernama
01/02/2025
23:00 MYT
Negara Arab tolak rancangan Trump pindahkan penduduk Gaza
Mesyuarat yang diadakan atas jemputan Mesir dan dihadiri wakil Jordan, UAE, Arab Saudi, Qatar serta Mesir, bersama Setiausaha Agung Jawatankuasa Eksekutif PLO dan Setiausaha Agung Liga Arab. - Foto Sinar Harian/Agensi
KAHERAH: Mesyuarat menteri enam negara Arab di Kaherah pada Sabtu menolak sebarang rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan Tebing Barat yang diduduki.
Dalam satu kenyataan bersama, Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Qatar, Mesir, Pihak Berkuasa Palestin dan Liga Arab menyatakan sokongan penuh terhadap keteguhan rakyat Palestin di tanah air mereka serta hak sah mereka selaras dengan undang-undang antarabangsa.
Negara-negara peserta menegaskan penolakan mereka terhadap sebarang pelanggaran hak-hak yang tidak boleh dinafikan itu, sama ada melalui aktiviti penempatan, pengusiran, perobohan rumah, perampasan tanah atau pemindahan paksa rakyat Palestin dalam apa jua bentuk atau alasan.
Menurut kenyataan itu, rancangan sedemikian "mengancam kestabilan rantau ini, berisiko mencetuskan perluasan konflik, dan menjejaskan prospek keamanan serta kewujudan bersama dalam kalangan penduduknya."
Mesyuarat pada Sabtu diadakan susulan kenyataan berulang oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mencadangkan penempatan semula rakyat Palestin di luar wilayah mereka, termasuk di Mesir dan Jordan.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan selepas mesyuarat yang diadakan atas jemputan Mesir dan dihadiri wakil Jordan, UAE, Arab Saudi, Qatar serta Mesir, bersama Setiausaha Agung Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) bagi Negara Palestin dan Setiausaha Agung Liga Arab.
Sementara itu, enam negara berkenaan menyuarakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pentadbiran Trump bagi mencapai perdamaian menyeluruh di Asia Barat berdasarkan penyelesaian dua negara serta usaha menamatkan konflik di rantau itu.
Mereka turut menggesa masyarakat antarabangsa, kuasa serantau dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar melaksanakan penyelesaian dua negara bagi menangani punca ketegangan di Asia Barat.
Selain itu, negara-negara berkenaan turut menegaskan peranan penting dan tidak boleh digantikan oleh Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) serta menolak sebarang cubaan untuk mengetepikan atau mengehadkan peranannya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#penempatan semua
#Donald Trump
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan