awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Perluasan SST peluang perkukuh keyakinan terhadap makanan tempatan
DUNIA
Penangguhan tarif mungkin dilanjutkan selepas Julai - Rumah Putih
MALAYSIA
Nanta saran JKR guna teknologi moden dalam pelaksanaan projek mega
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Negara Barat tidak boleh paksa Iran ikut kehendak mereka dengan kenakan sekatan - Menteri Luar

Bernama
Bernama
15/09/2024
12:40 MYT
Sponsor Banner
Negara Barat tidak boleh paksa Iran ikut kehendak mereka dengan kenakan sekatan - Menteri Luar
Tehran bersedia untuk terlibat dalam dialog yang saling menghormati, bukannya ancaman dan tekanan. - Reuters
TEHRAN: Negara Barat tidak dapat memaksakan kehendak mereka ke atas Iran dengan menggunakan sekatan, kata Menteri Luar Iran Abbas Araghchi, lapor Sputnik.
"Negara Barat harus tahu, dan ia mengejutkan bahawa mereka masih belum menyedari hal ini, bahawa sekatan adalah alat yang gagal dan mereka tidak boleh memaksakan kehendak mereka ke atas Iran melalui sekatan, baik dalam isu nuklear mahupun isu lain," kata Araghchi, seperti dipetik oleh agensi berita Fars.
Diplomat tertinggi Iran itu juga menyeru negara-negara Barat untuk mengubah haluan mereka, sambil menambah bahawa Tehran bersedia untuk terlibat dalam dialog yang saling menghormati, bukannya ancaman dan tekanan.
Dalam satu kenyataan bersama pada Selasa, Jerman, United Kingdom dan Perancis mengancam Iran dengan sekatan baharu, termasuk pembatalan perjanjian perkhidmatan udara dua hala, berhubung dakwaan penghantaran peluru berpandu balistik jarak dekat oleh Tehran kepada Rusia untuk digunakan dalam pertempuran di Ukraine.
Iran telah menafikan tuduhan memberi sokongan ketenteraan kepada Rusia, dengan menyatakan bahawa ia tidak terlibat dalam konflik di Ukraine. Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy telah mengakui bahawa beliau tidak mempunyai bukti Iran memindahkan peluru berpandu balistik kepada Rusia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Iran
#sekatan
#negara Barat
#dialog
#ancaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami