awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara G7 tidak memusuhi China - Macron

Astro Awani
Astro Awani
13/06/2021
23:21 MYT
Negara G7 tidak memusuhi China - Macron
Emmanuel Macron (kanan) dan Joe Biden pada sesi akhir sidang kemuncak G7 di Carbis Bay, Cornwall, England, 13 Jun, 2021. (Foto AP)
PRESIDEN Perancis Emmanuel Macron pada Ahad menegaskan bahawa negara-negara dalam Kumpulan 7 (G7) tidak memusuhi China.
Sebaliknya, katanya, ia lebih kepada usaha mempertahankan demokrasi dalam isu dunia sama ada berkenaan iklim atau perdagangan global.
"Biar saya jelaskan. G7 bukanlah kelab yang memusuhi China. Ini adalah kumpulan demokrasi yang ingin berusaha mengatasi beberapa isu global yang mana China bersedia bekerjasama dengan kita.
"Ia termasuk isu iklim, sama ada ia menjadi komitmen sebenar terhadap peraturan perdagangan global, atau pembangunan antarabangsa, persoalan hutang Afrika dan sebagainya.
"Ia adalah pesaing antarabangsa, yang kita harap menghormati sepenuhnya semua peraturan yang kita buat secara kolektif dan sukarela, berkaitan Organisasi Perdagangan Dunia.
"Dan ia juga merupakan kuasa yang kita tidak dapat bersetuju dengannya apabila menyentuh isu buruh paksa dan hak asasi manusia," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berakhirnya Sidang Kemuncak G7 di Cornwall, United Kingdom.
Macron pada masa sama turut mengalu-alukan kepulangan Amerika Syarikat ke pentas dunia dengan Presiden Joe Biden menghadiri sidang kemuncak pertamanya di G7.
"Kini kami temui semula satu visi sebenar yang sama, dan, paling penting, jalan untuk bekerja bersama," katanya.
Macron turut menyatakan sokongan terhadap usaha Biden bersama Perancis dan Kesatuan Eropah.
Topic Berkaitan
#Emmanuel Macron
#China
#Kesatuan Eropah
#Amerika Syarikat
#G7
#Joe Biden
#demokrasi
#iklim
#perdagangan
#pesaing
#Sidang Kemuncak G7
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan