DUNIA
Negara sokong "dasar anti-Amerika" BRICS akan dikenakan tarif tambahan 10 peratus - Trump
Kenyataan Trump dibuat ketika para pemimpin dan wakil BRICS berkumpul di Rio de Janeiro untuk sidang kemuncak tahunan ke-17 blok itu. - Foto Reuters
ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada lewat Ahad memberi amaran bahawa mana-mana negara yang menyokong "dasar anti-Amerika" blok ekonomi BRICS akan dikenakan tarif tambahan sebanyak 10 peratus, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
"Tiada pengecualian untuk dasar ini," tulis beliau di platform Truth Social miliknya.
Dalam hantaran lain, beliau mengumumkan bahawa surat tarif AS dan/atau perjanjian dengan pelbagai negara di seluruh dunia "akan dihantar bermula 12 tengah hari (1600GMT), Isnin, 7 Julai."
Pada akhir Januari lalu, Trump berkata "tiada kemungkinan bahawa BRICS akan menggantikan dolar Amerika dalam perdagangan antarabangsa atau mana-mana tempat lain."
"Kami akan menuntut komitmen daripada negara yang kelihatan bermusuh ini agar mereka tidak akan mencipta mata wang BRICS baharu atau menyokong mana-mana mata wang lain untuk menggantikan dolar AS, atau mereka akan berdepan tarif 100 peratus," tambahnya.
Negara anggota BRICS telah membincangkan usaha untuk beralih daripada penggunaan dolar sejak beberapa tahun lalu, dengan perbincangan semakin meningkat selepas AS mengenakan sekatan ke atas Rusia pada 2022 susulan permulaan "operasi ketenteraan khas" negara itu di Ukraine.
Kenyataan Trump pada Ahad dibuat ketika para pemimpin dan wakil BRICS berkumpul di Rio de Janeiro untuk sidang kemuncak tahunan ke-17 blok itu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Presiden AS Donald Trump memberi amaran bahawa mana-mana negara yang menyokong dasar "anti-Amerika" BRICS akan dikenakan tarif tambahan sebanyak 10%, tanpa sebarang pengecualian.
- Trump turut menegaskan bahawa negara yang menyokong penciptaan mata wang BRICS baharu atau cuba menggantikan dolar AS dalam perdagangan antarabangsa akan dikenakan tarif setinggi 100%.
- Kenyataan ini dibuat ketika pemimpin BRICS berkumpul di Rio de Janeiro untuk Sidang Kemuncak Tahunan ke-17, di tengah perbincangan mengenai pengurangan kebergantungan terhadap dolar AS dan ketegangan geopolitik global.