[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Negara terjejas tarif perlu 'bertenang' - Setiausaha Perbendaharaan AS

Bernama 03/04/2025 | 10:07 MYT
BESSENT: "Nasihat saya kepada setiap negara ketika ini adalah jangan membalas. Bertenang dan terima dahulu. Lihat bagaimana keadaannya nanti."
WASHINGTON: Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat Scott Bessent menasihatkan negara-negara yang terkesan dengan tarif baharu supaya "bertenang" dan tidak bertindak balas bagi mengelakkan ketegangan semakin memuncak.
"Nasihat saya kepada setiap negara ketika ini adalah jangan membalas. Bertenang dan terima dahulu. Lihat bagaimana keadaannya nanti.
"Jika anda membalas, ia akan membawa kepada peningkatan ketegangan.
"Jika anda tidak membalas, ini adalah titik kemuncaknya," kata Bessent kepada Fox News, seperti yang dilaporkan oleh Sputnik/RIA Novosti.
White House dalam satu kenyataan pada Rabu mengumumkan bahawa Amerika Syarikat akan mengenakan tarif 10 peratus terhadap semua import asing bermula 5 April, sementara tarif lebih tinggi bagi negara yang mempunyai defisit perdagangan terbesar dengan AS akan berkuat kuasa pada 9 April.
Bagaimanapun, AS tidak akan mengenakan tarif ke atas barangan import yang dianggap kritikal bagi sektor pembuatan dan keselamatan negara, termasuk keluli dan aluminium, kenderaan dan alat ganti, tembaga, farmaseutikal, semikonduktor, kayu, bulion, tenaga serta mineral tertentu yang tidak tersedia dalam negara.
Menurut kenyataan itu, Presiden AS Donald Trump turut mempunyai kuasa untuk menaikkan tarif timbal balik sekiranya rakan dagangan memilih untuk bertindak balas terhadap langkah itu.
-- BERNAMA
#Scott Bessent #tarif #Amerika Syarikat #Donald Trump #negara terjejas