DUNIA
Negara-negara Arab kecam pengiktirafan Israel terhadap 'Somaliland'
Negara-negara Arab mengecam pengiktirafan Israel terhadap Somaliland sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa. -Gambar fail/Reuters
ISTANBUL: Negara-negara Arab pada Jumaat mengecam pengiktirafan Israel terhadap wilayah pemisah Somaliland, menolak langkah itu sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa dan menegaskan sokongan terhadap kedaulatan serta keutuhan wilayah Somalia, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Arab Saudi menyatakan tindakan Israel itu mengukuhkan "langkah sepihak dan pemisahan" serta bercanggah dengan undang-undang antarabangsa.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Arab Saudi menegaskan sokongan penuh kerajaan itu terhadap kedaulatan Somalia serta perpaduan dan keutuhan wilayahnya.
Riyadh turut menolak cubaan mewujudkan entiti selari yang menjejaskan kestabilan Somalia, selain menegaskan sokongan terhadap institusi negara Somalia yang sah.
Palestin turut menolak pengiktirafan Israel terhadap Somaliland, dengan menyifatkannya sebagai ancaman terhadap keselamatan Arab dan serantau.
Kementerian Luar Palestin menyatakan sokongan penuh terhadap perpaduan, kedaulatan dan kemerdekaan politik Somalia selaras dengan undang-undang antarabangsa, konsensus Arab dan antarabangsa serta keputusan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Kementerian itu memberi amaran bahawa pengiktirafan terhadap Somaliland atau sebarang langkah yang menghalalkan pemisahan akan menjejaskan kestabilan dan kedaulatan Somalia, sambil menyatakan tindakan itu seiring dengan "usaha lebih luas Israel untuk menggugat keamanan serantau dan antarabangsa."
Ia turut memaklumkan Israel sebelum ini pernah mencadangkan Somaliland sebagai destinasi penempatan semula rakyat Palestin, khususnya dari Gaza.
Mesir pula berkata pihaknya kini menyelaraskan usaha dengan rakan serantau bagi menentang langkah berkenaan.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Mesir memaklumkan Menteri Luar Badr Abdelatty mengadakan perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Somalia, Turkiye dan Djibouti bagi membincangkan pengiktirafan Israel terhadap Somaliland.
Para menteri berkenaan bersetuju menolak dan mengecam sepenuhnya pengiktirafan itu serta menegaskan sokongan penuh terhadap perpaduan, kedaulatan dan keutuhan wilayah Somalia.
Kerajaan Somalia menolak untuk mengiktiraf Somaliland sebagai negara berdaulat, menganggapnya sebagai sebahagian daripada wilayahnya, serta melihat sebarang perjanjian atau hubungan langsung dengan wilayah itu sebagai pelanggaran terhadap kedaulatan dan perpaduan Somalia.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Negara-negara Arab mengecam pengiktirafan Israel terhadap Somaliland sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa.
- Arab Saudi menolak tindakan Israel yang dianggap mengukuhkan pemisahan dan bercanggah dengan undang-undang antarabangsa.
- Palestin dan Mesir turut menolak pengiktirafan Israel terhadap Somaliland serta menegaskan sokongan terhadap perpaduan dan kedaulatan Somalia.
Arab Saudi menyatakan tindakan Israel itu mengukuhkan "langkah sepihak dan pemisahan" serta bercanggah dengan undang-undang antarabangsa.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Arab Saudi menegaskan sokongan penuh kerajaan itu terhadap kedaulatan Somalia serta perpaduan dan keutuhan wilayahnya.
Riyadh turut menolak cubaan mewujudkan entiti selari yang menjejaskan kestabilan Somalia, selain menegaskan sokongan terhadap institusi negara Somalia yang sah.
Palestin turut menolak pengiktirafan Israel terhadap Somaliland, dengan menyifatkannya sebagai ancaman terhadap keselamatan Arab dan serantau.
Kementerian Luar Palestin menyatakan sokongan penuh terhadap perpaduan, kedaulatan dan kemerdekaan politik Somalia selaras dengan undang-undang antarabangsa, konsensus Arab dan antarabangsa serta keputusan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Kementerian itu memberi amaran bahawa pengiktirafan terhadap Somaliland atau sebarang langkah yang menghalalkan pemisahan akan menjejaskan kestabilan dan kedaulatan Somalia, sambil menyatakan tindakan itu seiring dengan "usaha lebih luas Israel untuk menggugat keamanan serantau dan antarabangsa."
Ia turut memaklumkan Israel sebelum ini pernah mencadangkan Somaliland sebagai destinasi penempatan semula rakyat Palestin, khususnya dari Gaza.
Mesir pula berkata pihaknya kini menyelaraskan usaha dengan rakan serantau bagi menentang langkah berkenaan.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Mesir memaklumkan Menteri Luar Badr Abdelatty mengadakan perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Somalia, Turkiye dan Djibouti bagi membincangkan pengiktirafan Israel terhadap Somaliland.
Para menteri berkenaan bersetuju menolak dan mengecam sepenuhnya pengiktirafan itu serta menegaskan sokongan penuh terhadap perpaduan, kedaulatan dan keutuhan wilayah Somalia.
Kerajaan Somalia menolak untuk mengiktiraf Somaliland sebagai negara berdaulat, menganggapnya sebagai sebahagian daripada wilayahnya, serta melihat sebarang perjanjian atau hubungan langsung dengan wilayah itu sebagai pelanggaran terhadap kedaulatan dan perpaduan Somalia.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapakah negara-negara Arab mengecam pengiktirafan Israel terhadap Somaliland?
A: Mereka menganggap langkah itu sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa dan sokong kedaulatan serta keutuhan wilayah Somalia. - Q: Apakah tindakan Arab Saudi terhadap pengiktirafan Israel terhadap Somaliland?
A: Arab Saudi menolak tindakan Israel yang dianggap mengukuhkan pemisahan dan bercanggah dengan undang-undang antarabangsa. - Q: Bagaimanakah reaksi Palestin terhadap pengiktirafan Israel terhadap Somaliland?
A: Palestin menolak pengiktirafan itu sebagai ancaman terhadap keselamatan Arab dan serantau serta menyokong perpaduan, kedaulatan, dan kemerdekaan politik Somalia.
Dapatkan berita terkini di sini