DUNIA
Negara-negara Asia tegaskan sokongan kepada Palestin di PBB
Menteri Luar Korea Selatan, Cho Hyun, menyambut Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, sebaik mereka tiba di Mesyuarat Majlis Keselamatan Peringkat Tinggi mengenai Palestin dan Israel. - Foto AP
ISTANBUL: Pakistan dan China menegaskan semula sokongan mereka terhadap Palestin manakala Korea Selatan menekankan kepentingan penyelesaian dua negara pada sesi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Mengambil kira semua pertimbangan, Korea (Selatan) komited untuk mengiktiraf kenegaraan Palestin pada masa yang benar-benar kondusif bagi merealisasikan penyelesaian dua negara," kata Menteri Luar Cho Hyun pada sesi mengenai situasi di Asia Barat termasuk isu Palestin.
"Ketika kita bermesyuarat hari ini, janganlah kita melupakan matlamat bersama: sebuah Asia Barat di mana semua rakyat tanpa mengira latar belakang dapat hidup bersama dalam keadaan aman, selamat dan makmur," katanya.
Korea Selatan kini merupakan pengerusi semasa Majlis Keselamatan PBB.
Menteri Luar Pakistan Ishaq Dar pula menggesa tindakan segera berhubung Gaza.
"Masa untuk berkata-kata telah berlalu. Masa untuk bertindak adalah sekarang. Rakyat Palestin berdepan krisis yang tidak dapat dilupakan dalam sejarah. Penderitaan ini mencemari kesedaran kolektif kita," katanya.
Dar turut memuji negara-negara yang baru-baru ini mengambil keputusan mengiktiraf kenegaraan Palestin.
"Momentum positif ini mesti dikekalkan dengan tekad yang kukuh, kesungguhan dalam mencapat matlamat, serta komitmen tidak berbelah bahagi untuk mencapai penyelesaian yang adil dan berkekalan," katanya.
Timbalan Wakil Tetap China ke PBB, Geng Shuang, menggariskan empat perkara untuk menyelesaikan konflik itu: menamatkan tragedi di Gaza "tanpa berlengah", meredakan ketegangan di Tebing Barat, menangani "ketidakadilan dalam sejarah yang dialami rakyat Palestin" dan memelihara keamanan serta kestabilan Asia Barat dalam menghadapi krisis Gaza yang berterusan.
"Gaza dan Tebing Barat adalah sebahagian wilayah Palestin yang tidak boleh dipisahkan," kata Geng sambil menggesa semua pihak "menentang sebarang tindakan unilateral yang menjejaskan asas penyelesaian dua negara."
"Konflik dua tahun kebelakangan ini telah memusnahkan Gaza dengan penderitaan dan kehancuran di merata tempat.
Namun Israel meningkatkan lagi serangan ketenteraan, menyebabkan lebih banyak korban awam dan penduduk hilang tempat tinggal," katanya sambil menambah bahawa pendekatan ketenteraan bukanlah penyelesaian kepada masalah itu.
Tentera Israel telah membunuh lebih 65,300 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, di Gaza sejak Oktober 2023.
Pengeboman berterusan itu telah menjadikan wilayah berkenaan tidak lagi sesuai dihuni selain menyebabkan kebuluran dan penularan penyakit.
-- BERNAMA