DUNIA
Negeri di Jerman arah unggas dikurung akibat wabak selesema burung
Lebih daripada 100 kes selsema burung juga dikesan di tempat lain di Jerman sejak September, dengan pegawai mengesahkan wabak merebak ke hampir seluruh negara. - AP
FRANKFURT: Dalam usaha membendung penularan selesema burung, pegawai di Saarland, Jerman, pada Rabu mengarahkan semua ladang ayam itik komersial untuk mengurung unggas mereka di dalam ladang ternakan, menjadikannya negeri pertama yang mengambil langkah sedemikian dalam menghadapi wabak di seluruh negara, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Larangan yang turut menjejaskan unggas ternakan lain, dijadualkan berkuat kuasa mulai Khamis, menurut pejabat negeri yang bertanggungjawab ke atas perlindungan pengguna.
Larangan dibuat selepas kes pertama strain influenza avian H5N1 yang menular disahkan pada burung liar di negeri barat daya yang bersempadan dengan Luxembourg dan Perancis.
Lebih daripada 100 kes selsema burung juga dikesan di tempat lain di Jerman sejak September, dengan pegawai mengesahkan wabak merebak ke hampir seluruh negara.
Lebih 31 kes wabak selesema burung direkodkan di ladang unggas komersial selain 131 kes influenza avian pada burung liar, menurut Institut Friedrich Loeffler (FLI), agensi persekutuan yang bertanggungjawab memantau kesihatan haiwan.
Lebih 500,000 ayam, itik, angsa dan ayam belanda di ladang unggas dimusnahkan, menurut pegawai.
Burung liar yang berhijrah ke kawasan selatan punca utama influenza avian.
Walaupun penyakit ini, yang selalunya membawa maut kepada burung tetapi tidak berbahaya kepada manusia, kini wujud di Jerman sepanjang tahun, risiko jangkitan meningkat mendadak semasa penghijrahan musim luruh.
Menurut FLI, gelombang jangkitan semasa bermula lebih awal daripada biasa. Burung jenjang juga terjejas ke tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini, terutamanya di negeri timur laut Brandenburg, yang mana ia mati dalam bilangan yang besar.
--BERNAMA-dpa