awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amerika akan dijatuhkan sendiri oleh tindakan Trump - Mat Sabu
Tokoh politik Britain kagum semangat Malaysia sentiasa sokong perjuangan Palestin
Protes sokong rakyat Iran berlangsung di London, Paris dan Istanbul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelson Mandela bakal disemadikan di kampung halamannya

Astro Awani
Astro Awani
12/12/2013
01:05 MYT
Nelson Mandela bakal disemadikan di kampung halamannya
Mayat mendiang Nelson Mandela akan diterbangkan ke Qunu, Eastern Cape pada Sabtu ini sebelum disemadikan di kampung halamannya itu keesokan harinya.
Selama tiga hari sejak Rabu, mayat Mandela diletakkan di bangunan kerajaan di Pretoria bagi membolehkan orang ramai termasuk tetamu kenamaan memberikan penghormatan akhir kepada pejuang anti-aparteid itu.
Keranda mayat mendiang sebelum itu dibawa dari hospital tentera.
Ribuan warga Afrika Selatan dari pelbagai latar belakang memberikan penghormatan terakhir kepada Mandela.
Mandela meninggal dunia pada 6 Disember lalu selepas menghidap sakit radang paru-paru sejak sekian lama.
Majlis penghormatan ke atas mendiang bermula semalam dan dianggap terbesar dalam sejarah.
Para pemimpin dunia hadir di stadium di Soweto, lokasi terakhir Mandela muncul di khalayak ramai, iaitu sewaktu Piala Dunia 2010.
Semasa majlis itu, selain ucapan, acara juga meriah dengan nyanyian lagu-lagu berbentuk keagamaan.
Mandela akan disemadikan berdekatan pusara anaknya serta keluarga terdekat yang meninggal dunia sebelum ini.
Topic Berkaitan
#Afrika Selatan
#mayat
#Nelson Mandela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan