[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

Nelson Mandela disahkan hidap paru-paru berair

Agensi 03/04/2013 | 13:39 MYT
Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela disahkan menghidap paru-paru berair, selepas tujuh hari dimasukkan ke hospital.
Perkembangan itu dimaklumkan pejabat Presiden Jacob Zuma, menerusi satu kenyataan.
Mandela kini masih dipantau pasukan perubatan.
Pemimpin berusia 94 tahun itu dimasukkan ke hospital sejak 27 Mac lalu.
Mandela sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital pada Disember, kerana jangkitan paru-paru.
#Nelson Mandela #pneumonia #Presiden Jacob Zuma