DUNIA

Nenek 65 tahun, lahir bayi kembar empat

AFP 23/05/2015 | 09:48 MYT
Annegret merupakan penduduk Berlin adalah seorang guru Bahasa Inggeris dan bahasa Rusia yang bakal bersara tidak lama lagi. - Foto Twitter
Seorang nenek di Jerman berusia 65 tahun yang merupakan ibu kepada 13 orang anak, telah selamat melahirkan bayi kembar empat.
Lapor RTL Television, Annegret Raunigk telah hamil selepas menjalani beberapa prosedur rawatan kesuburan di Ukraine.
Tiga bayi lelaki dan seorang bayi perempuan dilahirkan pra-matang di Hospital Berlin pada minggu ke 26 kehamilan Annegret.
Menurut doktor yang merawatnya, kembar empat itu berada dalam keadaan sihat.
Annegret yang merupakan penduduk Berlin adalah seorang guru Bahasa Inggeris dan bahasa Rusia yang bakal bersara tidak lama lagi.
RTL Television dikatakan sedang berunding hak eksklusif bagi merakam siri realiti dengan nenek kepada tujuh cucu itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Annegret Raunigk #bayi #berita dunia #kembar empat #nenek mengandung