Nenek 93 tahun cemas, kereta terbabas masuk kolam renang

Agensi
Jun 21, 2019 02:19 MYT
Warga emas itu bagaimanapun dilaporkan terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. - Foto YouTube
Seorang nenek berusia 93 tahun berdepan detik cemas selepas kereta yang dipandunya terbabas ke dalam sebuah kolam renang.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Missouri, Amerika Syarikat.
Ketika kejadian, wanita itu baru sahaja tiba di lokasi untuk menyertai latihan aktiviti air.
Wanita warga emas itu bagaimanapun dilaporkan terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pelbagai usaha dilakukan untuk mengeluarkan kereta berkenaan dari kolam renang itu.
Punca yang menyebabkan nenek berkenaan terbabas ke dalam kolam itu bagaimanapun tidak dinyatakan.
#Kolam renang #Missouri #nenek 93 tahun #terbabas masuk kolam renang