awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nepal akan jejak semua pelawat asing melalui platform digital wajib

Bernama
Bernama
03/09/2025
22:00 MYT
Nepal akan jejak semua pelawat asing melalui platform digital wajib
Nepal merancang menjejaki semua pelawat asing yang memasuki negara itu melalui satu platform digital iaitu Modul NepaliPort Traveller/Foreign National Tracking. - Gambar hiasan/REUTERS
ISTANBUL: Nepal, buat pertama kalinya, merancang untuk menjejaki semua pelawat asing yang memasuki negara Himalaya itu melalui satu platform digital, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media tempatan.
Modul NepaliPort Traveller/Foreign National Tracking, yang menggabungkan pengimbasan kod QR, pengesahan aplikasi mudah alih dan penjejakan masa nyata, akan diwajibkan kepada semua ketibaan asing mulai 17 Sept, menurut akhbar Kathmandu Post.
Langkah baharu ini diumumkan pada Selasa oleh Jabatan Imigresen menerusi "manual pengguna bagi sistem pendaftaran dan penjejakan warganegara asing".
Manual itu menyatakan yang platform itu bertujuan untuk mempertingkat pemantauan imigresen, menambah baik analitik data pelancongan dan memudahkan komunikasi antara penyedia perkhidmatan (seperti hotel, agensi pelancongan, pengendali pengangkutan) dengan pelancong asing.
"Untuk meningkatkan reputasi antarabangsa dan maruah negara, serta mempromosikan pelancongan dan pelaburan asing, semua pergerakan dan aktiviti dalam negara mesti berada di bawah pemantauan negara," kata Jabatan Imigresen.
Dasar baharu ini akan dilancarkan terlebih dahulu di hotel bertaraf lima bintang di ibu negara Kathmandu sebelum diperluas secara berperingkat ke seluruh negara.
Pelancong dijangka memuat turun aplikasi ini sebaik sahaja tiba di Nepal dan mendaftar menggunakan maklumat pasport dan visa mereka. Mereka juga perlu mengemas kini status, lokasi, alamat dan butiran lain setiap kali berlaku perubahan.
Aplikasi ini turut menghantar notifikasi apabila visa pelancong hampir tamat tempoh, berserta arahan lanjut untuk memanjangkannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nepal
#platform digital
#pelancong
#Imigresen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan