[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
INTERNATIONAL

Nepal keluarkan permit mendaki Gunung Qomolangma musim ini

Bernama 06/04/2025 | 23:15 MYT
Gunung Qomolangma yang tertinggi di dunia, pada ketinggian 8,848.86 meter, terletak di sempadan Nepal dan China. REUTERS
KATHMANDU: Nepal telah mengeluarkan permit kepada 77 pendaki untuk melakukan aktiviti pendakian Gunung Qomolangma yang tertinggi di dunia semasa musim pendakian musim bunga tahun ini, kata seorang pegawai pada Ahad, lapor Xinhua.
Pengarah di Jabatan Pelancongan, Liladhar Awasthi berkata seramai 60 lelaki dan 17 wanita daripada tujuh kumpulan berbeza telah menerima permit untuk mendaki puncak dengan ketinggian 8,848.86 meter itu yang terletak di sempadan Nepal dan China.
Beliau memberitahu Xinhua bahawa lebih banyak permohonan akan diputuskan pada Isnin.
Awasthi berkata setakat ini, seramai 273 pendaki telah dibenarkan mendaki 29 gunung di Nepal semasa musim pendakian musim bunga, yang bermula pada April dan berlanjutan sehingga Mei.
-- BERNAMA
#Nepal #Gunung Qomolangma #permit mendaki #mendaki gunung