awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nepal larang penggunaan botol plastik di hotel mewah

Bernama
Bernama
23/10/2024
08:51 MYT
Nepal larang penggunaan botol plastik di hotel mewah
Jabatan pelancongan keluarkan arahan hentikan penyajian air dalam botol plastik dan menggantikannya dengan botol kaca serta perkakas logam. - Gambar hiasan
KATHMANDU: Kerajaan Nepal mengharamkan penggunaan botol plastik di hotel bertaraf empat bintang dan ke atas, lapor Xinhua memetik kenyataan seorang pegawai pada Rabu.
"Larangan ini terpakai kepada semua hotel bertaraf empat bintang, lima bintang, lima bintang deluxe serta hotel dan tempat peranginan mewah," kata Narayan Prasad Regmi, ketua pengarah di Jabatan Pelancongan.
Agensi itu mengeluarkan arahan pada Selasa yang mengarahkan hotel dan tempat peranginan terkemuka agar menghentikan penyajian air dalam botol plastik dan menggantikannya dengan botol kaca serta perkakas logam.
"Memandangkan wujud bahaya kepada kesihatan dan kebimbangan kesan terhadap alam sekitar, arahan ini dikeluarkan," kata Regmi kepada Xinhua.
Beliau berkata agensi itu merancang untuk memperluas larangan berkenaan kepada hotel dan tempat peranginan lain dalam beberapa hari akan datang selepas berunding dengan pihak berkepentingan.
Persatuan Hotel Nepal yang mewakili lebih 300 hotel, tempat peranginan dan rumah tamu di Nepal, mengumumkan pada Jun 2022 semua jenis produk plastik seperti botol plastik, penyedut minuman, pinggan, pengacau minuman, kutleri, berus gigi dan sikat, antara lain, akan diharamkan di semua pertubuhan ahlinya mulai 1 Jan 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nepal
#botol plastik
#larangan penggunaan
#hotel mewah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan