DUNIA
Nepal sekat akses Telegram atas dakwaan jenayah kewangan
Telegram didakwa enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa Nepal dan tidak mempunyai wakil rasmi di negara tersebut. -Gambar hiasan/Reuters
KATHMANDU: Kerajaan Nepal menyekat akses kepada aplikasi pemesejan Telegram pada Jumaat susulan kebimbangan platform tersebut diguna secara meluas untuk aktiviti jenayah, termasuk penipuan dalam talian dan pengubahan wang haram, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
Menurut notis rasmi dikeluarkan Pihak Berkuasa Telekomunikasi Nepal (NTA), semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan internet diarah untuk menghentikan akses kepada aplikasi itu serta-merta.
“Jumlah kes penipuan dalam talian terus meningkat di Nepal seiring dengan penggunaan aplikasi Telegram, dan difahamkan aplikasi itu telah digunakan dalam jenayah serius seperti pengubahan wang haram,” menurut kenyataan tersebut.
Langkah ini diambil selepas beberapa bulan permintaan daripada Biro Siber Polis Nepal, yang melaporkan peningkatan ketara dalam kes penipuan berkaitan tawaran kerja palsu, penipuan pelaburan kripto dan skim kewangan lain yang dijalankan melalui Telegram.
Selain itu, Telegram didakwa enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam siasatan jenayah, termasuk kegagalan menyediakan data pengguna apabila diminta.
Tidak seperti platform lain, Telegram tidak mempunyai wakil rasmi di Nepal dan tidak memberikan maklum balas terhadap permintaan rasmi kerajaan.
Larangan ini menyusuli tindakan serupa terhadap aplikasi TikTok pada 2023 yang kemudian ditarik balik selepas syarikat induk ByteDance bersetuju mematuhi peraturan tempatan dan menyokong kempen literasi digital.
Pakar keselamatan siber menyatakan bahawa walaupun larangan ini sukar dikuatkuasakan sepenuhnya kerana pengguna boleh menggunakan rangkaian peribadi maya (VPN), ia tetap menjadi isyarat jelas bahawa kerajaan Nepal serius dalam menangani jenayah digital dan melindungi rakyatnya daripada eksploitasi dalam talian.
Ringkasan AI
- Kerajaan Nepal menyekat akses kepada aplikasi Telegram kerana didakwa digunakan untuk penipuan dalam talian dan pengubahan wang haram.
- Telegram didakwa enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa Nepal dan tidak mempunyai wakil rasmi di negara tersebut.
- Walaupun larangan sukar dikuatkuasakan sepenuhnya, ia menunjukkan komitmen kerajaan Nepal dalam menangani jenayah digital dan melindungi rakyat.