awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nepal tarik semula perintah berkurung

Agensi
Agensi
22/07/2020
12:00 MYT
Nepal tarik semula perintah berkurung
Pejabat kerajaan dan swasta dibenarkan dibuka semula dan perkhidmatan awam juga kembali beroperasi. Foto: AP
Kerajaan Nepal pada Rabu menarik semula perintah berkurung yang dilaksanakan selama 120 hari bagi mengekang penularan COVID-19 di negara itu.
Ia selepas Menteri Penerangannya, Yuba Raj Khatiwada mengumumkan penurunan kes di Nepal.
Pejabat kerajaan dan swasta dibenarkan dibuka semula dan perkhidmatan awam juga kembali beroperasi.
Ini juga bermakna pusat beli belah dan kedai-kedai juga dibenarkan beroperasi semula.
Bagaimanapun, lapangan terbang dan penerbangan komersial hanya dibenarkan beroperasi semula pada 1 Ogos ini.
Khatiwada turut memaklumkan sekolah dan pusat pengajian tinggi masih lagi ditutup sehingga dimaklumkan kemudian.
Malah, perhimpunan melibatkan orang ramai, majlis keagamaan dan majlis sosial juga masih belum dibenarkan.
Untuk rekod, negara itu merekodkan hampir 18,000 kes positif dengan 40 kematian.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Nepal
#operasi semula
#pejabat
#perintah berkurung
#pusat beli-belah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan