DUNIA
Nepal tawar pendakian percuma ke 97 puncak Himalaya, galak pelancongan di kawasan terpencil
Nepal, yang memiliki lapan daripada 10 gunung tertinggi dunia, menjana pendapatan AS$5.9 juta daripada yuran pendakian tahun lalu, dengan lebih tiga perempat daripadanya datang daripada Everest sahaja. -Gambar fail/ETX Studio
KATHMANDU: Kerajaan Nepal menawarkan pendakian percuma ke 97 puncak Himalaya selama dua tahun bermula Julai lalu, sebagai usaha merangsang pelancongan di wilayah terpencil Karnali dan Sudurpaschim yang kurang dikunjungi pelancong.
Ringkasan AI
Langkah ini diumumkan susulan kenaikan yuran permit mendaki Gunung Everest, yang akan meningkat kepada AS$15,000 (RM70,500) seorang mulai September — kenaikan pertama dalam hampir sedekad.
Permit musim luar pula akan dikenakan bayaran AS$7,500 (September–November) dan AS$3,750 (Disember–Februari).
Menurut Pengarah Jabatan Pelancongan Nepal, Himal Gautam, puncak-puncak yang dibuka secara percuma itu berketinggian di antara 5,970 meter hingga 7,132 meter dan terletak di kawasan paling kurang membangun di Nepal.
“Walaupun keindahan semula jadinya luar biasa, jumlah pelancong dan pendaki sangat rendah kerana akses yang sukar. Kami berharap inisiatif ini akan membantu,” katanya kepada The Kathmandu Post.
Data menunjukkan hanya 68 pendaki mencuba puncak-puncak tersebut dalam tempoh dua tahun lalu, berbanding 421 permit yang dikeluarkan untuk Everest pada tahun 2024 sahaja.
Selain merangsang ekonomi tempatan, kerajaan Nepal turut mempertimbangkan undang-undang baharu yang mewajibkan pendaki Everest untuk terlebih dahulu menawan sekurang-kurangnya satu puncak melebihi 7,000 meter di Nepal.
Ini menjadikan puncak-puncak percuma tersebut sebagai “tapak latihan ideal” bagi pendaki baharu.
Bagaimanapun, beberapa pihak menyuarakan kebimbangan terhadap tahap infrastruktur dan kesediaan komuniti setempat untuk menerima lonjakan pelancong.
Kawasan tersebut kekurangan jalan raya, kemudahan asas dan perkhidmatan kesihatan, selain terdedah kepada kesan perubahan iklim seperti pencairan glasier dan cuaca ekstrem.
Nepal, yang memiliki 8 daripada 10 gunung tertinggi dunia, menjana pendapatan AS$5.9 juta daripada yuran pendakian tahun lalu, dengan lebih tiga perempat daripadanya datang daripada Everest sahaja.
Ringkasan AI
- Kerajaan Nepal menawarkan pendakian percuma ke 97 puncak Himalaya selama dua tahun bermula Julai 2025 untuk merangsang pelancongan di wilayah terpencil Karnali dan Sudurpaschim.
- Langkah ini dibuat susulan kenaikan yuran permit mendaki Gunung Everest kepada AS$15,000 mulai September, dengan permit musim luar dikenakan bayaran lebih rendah.
- Puncak percuma dijadikan tapak latihan ideal bagi pendaki baharu, namun kebimbangan timbul terhadap kekurangan infrastruktur dan kesan perubahan iklim di kawasan tersebut.