DUNIA
Netanyahu akui serangan ke atas gereja Katolik di Gaza satu 'kesilapan' - White House
Leavitt (gambar) berkata, Trump tidak menunjukkan reaksi positif terhadap serangan berkenaan dan Netanyahu sendiri mengakui serangan ke atas gereja itu adalah satu kesilapan. - Gambar fail/REUTERS
WASHINGTON: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengakui, serangan oleh tenteranya yang mengenai satu-satunya gereja Katolik di Gaza, hingga mengorbankan tiga nyawa dan mencederakan beberapa lagi, adalah satu "kesilapan", menurut White House.
Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kepada pihak media, selepas beliau mengadakan panggilan telefon bersama Netanyahu pada Khamis.
Ketika ditanya mengenai reaksi Trump terhadap insiden tersebut, Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt menjelaskan, Presiden tidak menunjukkan reaksi positif terhadap serangan berkenaan dan Netanyahu sendiri mengakui serangan ke atas gereja itu adalah satu kesilapan.
“Presiden telah menghubungi Perdana Menteri Netanyahu pagi tadi bagi membincangkan serangan ke atas gereja di Gaza,” kata Leavitt kepada wartawan.
“Perdana Menteri bersetuju untuk mengeluarkan kenyataan bahawa serangan yang mengenai gereja Katolik itu adalah satu kesilapan pihak Israel. Itu yang disampaikan oleh Netanyahu kepada Presiden Trump,” tambahnya.
Dalam perkembangan sama,Israel menyatakan rasa kesal terhadap serangan ke atas satu-satunya gereja Katolik di Gaza, yang menurutnya berpunca daripada tembakan peluru sesat.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menerusi platform X, Israel berkata: “Setiap kehilangan nyawa orang awam adalah satu tragedi. Kami turut merasai kesedihan keluarga mangsa dan seluruh komuniti keagamaan.” - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini

#israel serang gaza
#Serangan Gereja
#gereja Katolik di Gaza
#White House
#Donald Trump
#Benjamin Netanyahu