INTERNATIONAL
Netanyahu arah perketat keselamatan misi diplomatik Israel selepas serangan maut di Washington
Lokasi kejadian serangan bersenjata yang mengorbankan dua kakitangan kedutaan Israel di Washington, DC pada Rabu malam. -Reuters
WASHINGTON: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah mengarahkan peningkatan kawalan keselamatan di semua misi diplomatik Israel di seluruh dunia susulan serangan bersenjata yang mengorbankan dua kakitangan kedutaan Israel di Washington, DC pada Rabu malam.
Ringkasan AI
Dalam satu kenyataan, Netanyahu menyatakan kesedihan terhadap kematian dua individu tersebut, dan menyifatkan serangan itu sebagai pembunuhan kejam bermotifkan antisemitisme.
“Kita sedang menyaksikan akibat buruk daripada antisemitisme dan hasutan terhadap Israel,” katanya.
Menurut laporan, serangan berlaku berhampiran Capital Jewish Museum, di mana seorang lelaki dan seorang wanita ditembak pada jarak dekat ketika menghadiri acara Yahudi.
Peguam Negara AS, Pam Bondi memaklumkan kepada Netanyahu bahawa Presiden Donald Trump secara peribadi terlibat dalam menguruskan tindak balas terhadap serangan tersebut dan berjanji bahawa pelaku akan dibawa ke muka pengadilan.
Suspek yang dikenali sebagai Elias Rodriguez telah ditahan selepas didakwa melaungkan slogan "Free Palestine" ketika ditangkap.
FBI dan pihak berkuasa keselamatan AS kini sedang menjalankan siasatan menyeluruh terhadap insiden tersebut, dengan pemimpin AS dan Israel berikrar untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan peningkatan kawalan keselamatan di semua misi diplomatik Israel selepas dua kakitangan kedutaan terbunuh dalam serangan bersenjata di Washington, DC.
- Serangan yang berlaku berhampiran Capital Jewish Museum disifatkan bermotifkan antisemitisme, dengan suspek Elias Rodriguez ditahan selepas melaungkan slogan -Free Palestine-.
- Presiden AS Donald Trump dilaporkan terlibat secara langsung dalam tindak balas terhadap insiden ini, manakala FBI dan pihak berkuasa AS sedang menjalankan siasatan menyeluruh.