Netanyahu berjaya tubuhkan kerajaan campur

Bernama
Disember 22, 2022 04:45 MYT
Likud masih belum menandatangani perjanjian dengan empat daripada lima rakan gabungannya. Berdasarkan undang-undang Israel, kerajaan baharu perlu mengangkat sumpah sebelum 2 Jan 2023. - Foto AP
BAITULMAQDIS: Bakal Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengumumkan pada Rabu malam bahawa beliau berjaya membentuk kerajaan campuran baharu.
"Saya telah berjaya (untuk membentuk kerajaan)," tulis Netanyahu di Twitter.

, pic.twitter.com/ijtDppkaSm

— Benjamin Netanyahu - (@netanyahu) December 21, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam satu kenyataan berasingan, parti Likud menyatakan pemimpin veteran itu telah pun memaklumkan perkara berkenaan kepada Presiden Isaac Herzog, lapor Xinhua.
Likud masih belum menandatangani perjanjian dengan empat daripada lima rakan gabungannya -- tiga parti ekstrem kanan dan dua parti ultra-Ortodoks Yahudi. Berdasarkan undang-undang Israel, kerajaan baharu perlu mengangkat sumpah sebelum 2 Jan 2023.
Sejak beberapa minggu lalu Netanyahu bergelut untuk memenuhi tuntutan rakan gabungannya sebagai balasan kepada sokongan mereka.
Pengumuman itu sekali gus menandakan kembalinya pemimpin Israel paling lama berkhidmat selepas hanya digulingkan setahun setengah.
Blok Netanyahu memenangi 64 daripada 120 kerusi parlimen Israel pada pilihan raya 1 Nov lalu, pilihan raya kelima yang diadakan dalam tempoh kurang empat tahun.
-- BERNAMA
#Benjamin Netanyahu #Israel #Twitter #kerajaan campur