DUNIA
Netanyahu cari nyawa politik, jumpa Trump di tengah tekanan perang Gaza
Netanyahu (kanan) dijadualkan bertemu Trump hari ini dalam usaha mempertahankan pendiriannya untuk “menyelesaikan misi” di Gaza, ketika Israel berdepan tekanan antarabangsa dan domestik yang semakin hebat. - Gambar fail Reuters
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dijadualkan bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hari ini dalam usaha mempertahankan pendiriannya untuk “menyelesaikan misi” di Gaza, ketika Israel berdepan tekanan antarabangsa dan domestik yang semakin hebat.
Pertemuan itu berlangsung hanya beberapa hari selepas Trump mengumumkan pelan 21 perkara bagi menamatkan perang di wilayah Palestin ketika mengadakan rundingan dengan pemimpin Arab dan Islam di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Trump pada Ahad memberi bayangan akan ada “sesuatu yang istimewa” dalam rundingan Asia Barat, dengan menulis di platform Truth Social: “WE WILL GET IT DONE!!!”
Pada Jumaat lalu, Trump memberitahu media, beliau optimis “ada satu perjanjian” mengenai Gaza, meskipun Netanyahu ketika berucap di PBB menegaskan, operasi ketenteraan akan diteruskan sehingga Hamas dikalahkan sepenuhnya.
Netanyahu kian tersepit
Penganalisis berpendapat, Netanyahu hampir tidak mempunyai ruang untuk berundur kerana Trump kini menjadi satu-satunya sekutu utama Israel dalam komuniti antarabangsa.
“Dia tiada pilihan selain menerima,” kata Eytan Gilboa, pakar hubungan AS-Israel dari Universiti Bar-Ilan.
Di Israel sendiri, puluhan ribu penunjuk perasaan turun ke jalan menuntut gencatan senjata.
Pada Sabtu, keluarga tebusan mendesak Trump menggunakan pengaruhnya untuk menghentikan peperangan.
“Satu-satunya perkara yang boleh menghentikan kejatuhan ke jurang ini ialah perjanjian menyeluruh yang menamatkan perang dan membawa pulang semua tebusan serta askar,” kata Lishay Miran-Lavi, isteri kepada Omri yang masih ditahan di Gaza.
Pengasingan antarabangsa semakin melebar
Israel kini semakin terasing selepas beberapa negara Barat termasuk United Kingdom, Perancis, Kanada dan Australia mengiktiraf negara Palestin.
Pelan 21 perkara Trump antara lain merangkumi gencatan senjata kekal, pembebasan tebusan, pengunduran tentera Israel dari Gaza dan kemasukan besar-besaran bantuan kemanusiaan.
Pemimpin Arab dan Islam menyambut baik kerangka itu, namun menegaskan, tuntutan utama ialah penghentian segera operasi ketenteraan Israel dan penolakan sebarang bentuk pendudukan di Gaza.
Namun, cadangan melibatkan pengembalian peranan Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang berpangkalan di Ramallah sebagai pentadbir Gaza dijangka sukar diterima Netanyahu, memandangkan ia dianggap garis merah oleh rakan sekutu ekstrem kanan dalam gabungan pemerintahnya.
Risiko politik dalaman
Beberapa menteri telah mengugut untuk meletakkan jawatan sekiranya Netanyahu menerima kembali PA atau menamatkan perang tanpa menewaskan Hamas.
Ketua pembangkang, Yair Lapid, menawarkan parti Yesh Atid sebagai “jaring keselamatan” Parlimen bagi menyokong gencatan senjata dan perjanjian tebusan, namun masih belum jelas sama ada parti-parti lain akan turut serta.
“Pelan menyeluruh seperti ini memerlukan konsensus besar,” kata Ksenia Svetlova, bekas ahli Knesset yang kini mengetuai NGO ROPES.
Beliau menjangka Netanyahu mungkin hanya menerima sebahagian pelan itu dan menangguhkan keputusan bagi isu paling kontroversi.
Persoalan keselamatan belum terjawab
Satu lagi persoalan utama ialah siapa yang akan menjamin keselamatan Gaza selepas Israel berundur dan Hamas dilucutkan senjata.
Pelan AS mencadangkan penubuhan pasukan antarabangsa yang menggabungkan anggota Palestin bersama tentera dari negara Arab dan Islam.
Namun, butiran tentang struktur komando serta kawalan operasi masih belum dimuktamadkan.
“Pelan ini mengantarabangsakan konflik Gaza dalam skala yang belum pernah berlaku,” ujar Svetlova.
“Tetapi tanpa hala tuju jelas, tanpa matlamat dan akauntabiliti yang konkrit, faktor ketidakpastian boleh mencetuskan risiko baharu.” - Agensi