DUNIA
Netanyahu enggan bersara dari politik jika diberi pengampunan
Perdana Menteri Netanyahu, menegaskan beliau tidak akan meninggalkan arena politik sekiranya menerima pengampunan daripada Presiden negara itu berhubung perbicaraan rasuah yang dihadapinya sejak beberapa tahun lalu. - Gambar fail AP
JERUSALEM: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menegaskan beliau tidak akan meninggalkan arena politik sekiranya menerima pengampunan daripada Presiden negara itu berhubung perbicaraan rasuah yang dihadapinya sejak beberapa tahun lalu.
Kenyataan itu dibuat selepas beliau ditanya sama ada akan bersara daripada politik jika pengampunan diberikan. Jawapan Netanyahu ringkas: “Tidak.”
Difahamkan, bulan lalu Netanyahu telah mengemukakan permohonan pengampunan kepada Presiden Isaac Herzog.
Peguamnya berhujah bahawa kehadiran kerap di mahkamah menjejaskan keupayaannya mentadbir negara, dan pengampunan itu dianggap baik untuk Israel.
Bagaimanapun, pengampunan di Israel lazimnya hanya diberikan selepas proses perundangan selesai dan tertuduh disabitkan kesalahan. Tiada preseden untuk pengampunan diberikan ketika perbicaraan masih berjalan.
Netanyahu sebelum ini berulang kali menafikan tuduhan rasuah, penipuan dan salah guna kuasa.
Peguamnya turut menegaskan bahawa beliau yakin perbicaraan itu, jika diteruskan, akan berakhir dengan pembebasan sepenuhnya.
Menariknya, sebelum Netanyahu membuat permohonan, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dilaporkan menulis kepada Herzog agar mempertimbangkan pengampunan terhadap Netanyahu.
Sementara itu, beberapa ahli politik pembangkang Israel berpendapat, sebarang pengampunan perlu bersyarat, termasuk Netanyahu mengundurkan diri daripada politik dan mengakui kesalahan.
Ada juga yang mencadangkan beliau perlu terlebih dahulu mengadakan pilihan raya umum, yang dijadual berlangsung selewat-lewatnya Oktober 2026. - Agensi