awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Malaysia: Semangkuk sup bersama Chong Wei suntik semangat Kunlavut
Pemimpin interim Venezuela pecat jeneral pengawal kehormat Maduro
Laut Utara paling panas dalam rekod pada 2025 - Agensi Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Netanyahu harap umum pembebasan tebusan dalam beberapa hari lagi

Astro Awani
Astro Awani
04/10/2025
23:30 MYT
Netanyahu harap umum pembebasan tebusan dalam beberapa hari lagi
Netanyahu berkata beliau telah menghantar delegasi ke Mesir bagi memuktamadkan butiran teknikal rundingan tersebut. - Foto fail/REUTERS
TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyatakan harapan untuk mengumumkan pembebasan semua tebusan yang ditahan di Gaza dalam tempoh beberapa hari akan datang, susulan rundingan tidak langsung yang sedang berlangsung di Mesir berhubung pelan damai baharu yang dikemukakan oleh Amerika Syarikat (AS).

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Israel menghantar delegasi ke Mesir untuk memuktamadkan rundingan pelan damai yang dijangka membawa kepada pembebasan semua tebusan di Gaza.
  • Hamas bersetuju dengan beberapa elemen pelan damai yang dicadangkan oleh Presiden AS, termasuk pertukaran tebusan dengan tahanan Palestin dan penarikan tentera Israel dari sebahagian Gaza.
  • Israel menghentikan serangan buat sementara waktu bagi memberi ruang kepada rundingan, yang turut melibatkan wakil Hamas, AS dan negara Arab sebagai perantara.

Dalam satu kenyataan ringkas lewat malam Sabtu , Netanyahu berkata beliau telah menghantar delegasi ke Mesir bagi memuktamadkan butiran teknikal rundingan tersebut.
“Matlamat kami adalah untuk menyelesaikan rundingan ini dalam tempoh beberapa hari,” katanya.
Kenyataan itu dibuat selepas Hamas menyatakan persetujuan terhadap beberapa elemen dalam pelan damai yang dicadangkan oleh Presiden AS, Donald Trump.
Pelan tersebut merangkumi pembebasan semua tebusan Israel, termasuk yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia, sebagai pertukaran dengan ratusan tahanan Palestin serta penarikan semula tentera Israel dari sebahagian Gaza.
Trump sebelum ini menegaskan bahawa Hamas perlu bertindak segera untuk melaksanakan pelan tersebut, sambil memberi amaran bahawa sebarang kelewatan tidak akan diterima.
Beliau turut menyatakan bahawa Israel telah menghentikan pengeboman buat sementara waktu bagi memberi ruang kepada rundingan damai.
Sementara itu, Netanyahu menegaskan bahawa Hamas akan dilucutkan senjata dan Gaza akan dinyahmilitarisasi, sama ada melalui pendekatan diplomatik atau ketenteraan.
Beliau turut berterima kasih kepada rakyat Israel atas ketabahan mereka serta keluarga mangsa yang terus menuntut pembebasan tebusan.
Rundingan di Mesir dijangka turut membincangkan peta penempatan tentera Israel dan penarikan pasukan dari kawasan tertentu di Gaza.
Delegasi dari Israel dan Hamas dijadualkan menyertai rundingan tersebut bersama wakil AS dan pihak perantara dari dunia Arab.
Setakat ini, terdapat harapan berhati-hati bahawa usaha terkini ini mampu membawa kepada penyelesaian konflik yang telah meragut puluhan ribu nyawa sejak Oktober 2023.
Topic Berkaitan
#Benjamin Netanyahu
#pembebasan tebusan
#Hamas
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan