awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Netanyahu kecam keputusan Britain bakal iktiraf Palestin, dakwa PM Starmer beri 'ganjaran kepada Hamas'

Agensi
Agensi
29/07/2025
23:10 MYT
Netanyahu kecam keputusan Britain bakal iktiraf Palestin, dakwa PM Starmer beri 'ganjaran kepada Hamas'
Netanyahu (kiri) mengecam pengumuman Starmer yang menyatakan komitmen untuk mengiktiraf negara Palestin menjelang September ini jika Israel enggan menghentikan serangan ke atas Gaza.
BAITULMAQADDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengecam keras pengumuman Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, yang menyatakan komitmen untuk mengiktiraf negara Palestin menjelang September ini jika Israel enggan menghentikan serangan ke atas Gaza.
Dalam kenyataan rasmi yang disiarkan menerusi akaun Perdana Menteri Israel, Netanyahu menyifatkan tindakan Starmer sebagai ‘ganjaran’ kepada pasukan pejuang Palestin, Hamas.
“Starmer memberi ganjaran kepada keganasan kejam Hamas dan menghukum mangsa-mangsanya.
“Negara jihad di sempadan Israel HARI INI akan mengancam Britain ESOK,” katanya.
Netanyahu mendakwa, pendekatan berlembut terhadap kumpulan pengganas jihad tidak pernah berhasil, malah pasti memakan diri.
“Tindakan melayan pengganas jihad dengan lunak sentiasa gagal. Ia akan gagal kepada anda juga. Dan ia tidak akan berlaku,” tegasnya.
Kenyataan Netanyahu itu dibuat beberapa jam selepas Starmer mengumumkan Britain akan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara dalam sidang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September, sekiranya Israel tidak menghentikan serangan di Gaza dan bersetuju terhadap pelan damai jangka panjang. - Agensi
Topic Berkaitan
#Benjamin Netanyahu
#Netanyahu kecam Britain
#ganjaran Hamas
#Britain iktiraf Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan