DUNIA
Netanyahu kecam pengiktirafan Palestin, delegasi PBB bangkit keluar dewan
Netanyahu menunjukkan peta "The Curse" yang menggambarkan jaringan kumpulan proksi Iran di Asia Barat semasa berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), New York, Amerika Syarikat, pada Jumaat. - Gambar AP
NEW YORK: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengecam tindakan beberapa negara Barat mengiktiraf kewujudan negara Palestin ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekali gus mencetuskan tindakan puluhan delegasi keluar dewan sebagai tanda protes.
Dalam ucapan beremosi itu, Netanyahu menyifatkan langkah pengiktirafan tersebut sebagai "tanda aib" dan memberi mesej bahawa "membunuh orang Yahudi membuahkan hasil."
Tindakan meninggalkan dewan oleh diplomat dan pegawai rasmi menyebabkan sebahagian besar dewan kelihatan kosong, sementara penunjuk perasaan anti-perang Israel di Gaza berhimpun di Times Square.
Israel kini berdepan tekanan antarabangsa susulan operasi ketenteraan berterusan di Gaza.
Sepanjang minggu ini, United Kingdom, Perancis, Kanada, Australia dan beberapa lagi negara mengumumkan pengiktirafan rasmi terhadap negara Palestin.
Dalam ucapannya, Netanyahu turut memaparkan peta yang dinamakan "The Curse" yang menggambarkan jaringan kumpulan proksi Iran di Asia Barat, selain menonjolkan operasi ketenteraan Israel terhadap Hezbollah di Lubnan, Houthi di Yaman, Hamas di Gaza serta Iran.
Beliau dalam masa sama, berterima kasih kepada Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Donald Trump atas penglibatan Washington mengebom tapak nuklear Fordo di Iran pada Jun lalu, sebelum menyamakan serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 dengan tragedi 9/11 di Amerika Syarikat.
Netanyahu mengulangi pendirian bahawa Israel tidak akan membenarkan kewujudan negara Palestin, mendakwa majoriti rakyat Israel menyokong pendirian tersebut.
Beliau turut menolak laporan Suruhanjaya Siasatan PBB yang menyimpulkan Israel melakukan genosid di Gaza, menyifatkannya sebagai "fitnah tidak berasas."
Selain itu, Netanyahu menolak dakwaan agensi-agensi PBB bahawa Israel sengaja menyekat kemasukan bantuan ke Gaza, meskipun sebuah badan disokong PBB mengesahkan berlakunya kebuluran di Bandar Gaza pada Ogos lalu.
Sebelum ucapannya, pejabat Netanyahu mengarahkan tentera Israel memasang pembesar suara di sepanjang pagar sempadan Gaza bagi menyiarkan ucapannya secara langsung ke wilayah itu.
Malah, beliau mendakwa, perisikan Israel berjaya menggodam telefon pintar penduduk Gaza untuk menyiarkan ucapannya terus, namun sumber tempatan menafikan perkara itu.
Beliau turut menggunakan pentas PBB untuk menyampaikan mesej kepada 48 tebusan Israel yang masih berada di Gaza, termasuk 20 yang dipercayai masih hidup.
"Ini Perdana Menteri Netanyahu. Kami tidak pernah melupakan anda walau sesaat. Rakyat Israel bersama anda. Kami tidak akan berhenti sehingga membawa anda semua pulang," katanya.
Ucapan Netanyahu bagaimanapun menerima kritikan hebat dalam Israel sendiri. Ketua pembangkang, Yair Lapid menuduh beliau menyampaikan ucapan "klise, lemah dan memperburuk keadaan Israel."
Sementara itu, Yair Golan, pemimpin parti Demokrat Israel, menyifatkan tindakan menyiarkan ucapan melalui pembesar suara sebagai "propaganda tidak masuk akal" serta menunjukkan "keangkuhan tanpa empati terhadap penderitaan tebusan dan tentera."
Sehari sebelumnya, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam ucapannya di PBB menegaskan kesediaan bekerjasama dengan pemimpin dunia bagi melaksanakan pelan damai Israel-Palestin.
Susulan ucapan Netanyahu, Trump dalam satu acara berasingan memberitahu media: "Saya fikir kita ada perjanjian mengenai Gaza," walaupun tidak memberi butiran lanjut.
Wartawan antarabangsa dilarang oleh Israel memasuki Semenanjung Gaza secara bebas sejak perang bermula hampir dua tahun lalu, sekali gus menyukarkan pengesahan dakwaan kedua-dua pihak.
Hanya sebahagian wartawan dibawa masuk ke Gaza oleh tentera Israel dengan akses yang dikawal ketat.
Sejak perang bermula hampir dua tahun lalu, Israel melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran di Gaza sebagai tindak balas kepada serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 yang mengorbankan sekitar 1,200 orang serta menculik 251 yang lain.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza yang ditadbir Hamas, sekurang-kurangnya 65,549 penduduk terbunuh akibat serangan Israel sejak itu. - Agensi