DUNIA
Netanyahu kecam pengiktirafan Palestin oleh negara Barat, ancam tindak balas
Netanyahu (foto) kecam pengiktirafan negara Palestin oleh beberapa negara Barat, menyifatkannya sebagai ganjaran kepada keganasan dan ancaman terhadap kewujudan Israel. -Gambar fail/Reuters
TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu meluahkan kemarahan terhadap tindakan beberapa negara Barat yang secara rasmi mengiktiraf negara Palestin, menyifatkan langkah itu sebagai ganjaran kepada keganasan dan ancaman terhadap kewujudan Israel.
Ringkasan AI
Dalam kenyataan video yang disiarkan selepas mesyuarat Kabinet mingguan pada Ahad, Netanyahu menegaskan bahawa negara Palestin tidak akan diwujudkan di sebelah barat Sungai Jordan dan menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai propaganda yang memfitnah Israel.
Langkah pengiktirafan oleh United Kingdom, Kanada, Australia dan Portugal pada 21 September telah mencetuskan reaksi keras dari Tel Aviv, walaupun negara-negara tersebut merupakan sekutu tradisi Israel.
Netanyahu turut memberi bayangan bahawa Israel akan memperluaskan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat sebagai tindak balas terhadap perkembangan diplomatik itu.
“Ini bukan masa untuk memberi ganjaran kepada Hamas selepas pembunuhan beramai-ramai pada 7 Oktober.
"Ini adalah masa untuk berdiri teguh menentang keganasan,” katanya merujuk kepada serangan Hamas yang mencetuskan perang Gaza yang berlarutan hampir dua tahun.
Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, dan Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben Gvir, turut menggesa pengilhakan penuh Tebing Barat dan pembubaran Pihak Berkuasa Palestin sebagai tindak balas terhadap pengiktirafan tersebut.
Sementara itu, Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyambut baik langkah negara-negara Barat itu sebagai langkah penting ke arah keamanan yang adil dan berkekalan manakala Hamas menyifatkannya sebagai hasil perjuangan dan pengorbanan rakyat Palestin.
Amerika Syarikat, yang menjadi sekutu utama Israel, menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai tindakan simbolik dan menegaskan bahawa fokus Washington kekal kepada diplomasi serius dan keselamatan serantau.
Lebih 145 negara anggota PBB kini telah mengiktiraf negara Palestin, dan Perancis dijangka menyertai senarai tersebut dalam sidang kemuncak khas di New York minggu ini.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kecam pengiktirafan negara Palestin oleh beberapa negara Barat, menyifatkannya sebagai ganjaran kepada keganasan dan ancaman terhadap kewujudan Israel.
- Israel beri bayangan akan perluas penempatan haram Yahudi di Tebing Barat dan beberapa menteri gesa pengilhakan penuh serta pembubaran Pihak Berkuasa Palestin.
- Lebih 145 negara telah mengiktiraf negara Palestin, dengan Perancis dijangka menyertai senarai tersebut dalam sidang kemuncak khas di PBB minggu ini.