DUNIA
Netanyahu kecewa sokongan antarabangsa terhadap Israel semakin merosot
Netanyahu ketika memberi ucapan di Parlimen Israel sambil diperhati Trump pada Isnin. - Foto SAUL LOEB/Pool via REUTERS
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kecewa apabila banyak negara tidak bersimpati dengan rejim Israel semasa tempoh perang dengan pejuang Hamas di Gaza.
Beliau juga dengan lantang menuduh banyak kerajaan terpengaruh dengan propaganda Hamas dan desakan kumpulan antisemitik di negara masing-masing.
“Tekanan diplomatik telah berbalik arah …banyak kerajaan tunduk kepada tekanan daripada kumpulan perusuh antisemitik di negara masing-masing...mereka beralih menentang Israel,” katanya.
Netanyahu berkata demikian semasa menerima lawatan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di Knesset, Parlimen Israel pada Isnin.
Pemimpin negara lain turut mendesak rejimnya untuk tunduk kepada tuntutan Hamas sehingga akhirnya Israel akur dengan tuntutan tersebut, tambah beliau.
“Mereka mendesak agar kami menyerah kepada tuntutan Hamas, untuk segera keluar dari Gaza, katanya menamatkan perang tanpa sebarang komitmen untuk melucutkan senjata Hamas dan Israel akhirnya tunduk kepada tuntutan tersebut,” katanya.
Selain daripada negara-negara Islam yang lantang mengecam Israel, beberapa negara Eropah turut mengambil pendirian tegas terhadap kepimpinan Netanyahu.
Setakat ini, Jerman, Slovenia dan Sepanyol telah menghentikan atau mengehadkan eksport senjata yang boleh digunakan dalam konflik di Gaza, manakala Belanda menguatkuasakan larangan kemasukan terhadap tokoh politik Israel tertentu.
Dalam ucapan beliau, Netanyahu, berkali-kali merakam penghargaan kepada Trump atas kepimpinan dan peranannya dalam mengemukakan Pelan 20 Perkara yang beliau (Trump) cadangkan dan mendapat sokongan hampir seluruh dunia.
“Trump ialah sahabat terbesar yang pernah dimiliki oleh Israel di White House, tiada seorang pun Presiden Amerika Syarikat yang pernah berbuat lebih banyak untuk kami,” kata beliau.
Beliau turut menegaskan komitmen bersama antara kedua-dua pemimpin untuk mencapai keamanan berpanjangan, seperti yang pernah dilaksanakan menerusi Perjanjian Abraham (Abraham Accord) pada 2020.
Trump berada di Israel untuk memantau pelaksanaan Sidang Kemuncak Keamanan Gaza antara Hamas dan Israel yang dirancang bersama pemimpin negara Arab seperti Qatar, Mesir dan Turkiye.
Hamas, pada Isnin, telah membebaskan 20 tahanan Israel yang telah ditahan sejak 7 Oktober 2023, manakala Israel turut membebaskan kira-kira 1,900 tahanan warga Palestin.
Selepas melawat Israel, Trump dijangka akan menghadiri Sidang Kemuncak Perdamaian Gaza di Sharm el-Sheikh bersama Presiden Mesir Abdel Fattah el-Sisi dan lebih 20 pemimpin dunia, bertujuan memuktamadkan perjanjian damai kekal dan menamatkan perang Gaza
Dapatkan berita terkini di sini