Netanyahu keluar dari hospital

Bernama
Julai 16, 2023 13:22 MYT
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad selepas dimasukkan ke hospital kerana dehidrasi. - Gambar fail/REUTERS
JERUSALEM: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad selepas dimasukkan ke hospital kerana dehidrasi.
Kesihatan perdana menteri berusia 73 tahun itu dipantau semalaman di Pusat Perubatan Sheba di luar Tel Aviv, lapor Xinhua.
Semasa menerima rawatan di hospital selama lebih kurang 20 jam, beliau menjalani siri pemeriksaan perubatan termasuk ujian makmal dan elektrokardiogram untuk memantau aktiviti jantungnya, menurut kenyataan dari pihak hospital.
Semua ujian "menunjukkan bacaan normal" dan Netanyahu berada dalam "keadaan yang memuaskan", menurut kenyataan hospital.
Alat perekod jantung telah dipasang pada Netanyahu "untuk membolehkan pasukan perubatan perdana menteri terus memantau keadaannya secara berterusan", menurut pihak hospital.
-- BERNAMA
#Perdana Menteri Israel #Benjamin Netanyahu #keluar hospital #dehidrasi