DUNIA
Netanyahu putuskan untuk menguasai Gaza sepenuhnya selepas dapat 'lampu hijau' Trump - Laporan
Akhbar harian Israel, Yedioth Ahronoth dalam laporannya mendakwa, Presiden Trump (kanan) telah memberikan 'lampu hijau' kepada Perdana Menteri Netanyahu untuk melancarkan serangan lebih meluas ke atas Gaza. - Gambar fail Reuters
TEL AVIV : Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan telah membuat keputusan untuk melancarkan pendudukan sepenuhya di Semenanjung Gaza, sekali gus memperluaskan operasi ketenteraan di wilayah bergolak itu.
Memetik laporan akhbar harian Yedioth Ahronoth pada Isnin malam, seorang pegawai kanan yang rapat dengan Netanyahu dipetik sebagai berkata: “Keputusan telah dibuat - kami akan melaksanakan pendudukan penuh Gaza. Operasi akan diteruskan termasuk di kawasan yang dipercayai menempatkan tebusan. Jika Ketua Staf Angkatan Tentera Israel (IDF) tidak bersetuju, beliau harus meletak jawatan.”
Stesen Channel 12 pula melaporkan, keputusan tersebut menandakan perubahan besar dalam strategi Israel terhadap Gaza, dengan serangan dijangka menyasarkan kawasan padat penduduk, termasuk kem pelarian utama di bahagian tengah wilayah itu.
Menurut penyiar awam KAN, beberapa menteri Kabinet yang baru-baru ini bertemu Netanyahu turut mengesahkan beliau tetap meneruskan operasi berskala besar di Gaza walaupun mendapat tentangan daripada pihak keselamatan negara sendiri.
Netanyahu juga dilaporkan telah menggunakan istilah “pendudukan penuh Semenanjung” sebagai matlamat utama untuk menewaskan Hamas.
Dalam perkembangan berkaitan, Yedioth Ahronoth turut mendakwa, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah memberikan 'lampu hijau' kepada Netanyahu untuk melancarkan serangan lebih meluas.
Sumber rapat Netanyahu dilaporkan berkata: “Kami sedang menuju ke arah pendudukan sepenuhnya di Semenanjung Gaza,” termasuk di kawasan yang dipercayai menempatkan tebusan.
Sementara itu, Channel 13 melaporkan, Ketua Staf Umum IDF, Eyal Zamir membatalkan lawatan yang dijadualkan ke Washington susulan kegagalan rundingan gencatan senjata dan desakan yang semakin meningkat untuk memperluaskan operasi ketenteraan.
Pada 29 Julai lalu, akhbar Haaretz melaporkan bahawa Netanyahu telah membentangkan satu pelan kepada Kabinet Israel - yang dikatakan mendapat kelulusan Amerika Syarikat - bagi menduduki semula beberapa kawasan di Gaza.
Namun pada Isnin malam, seorang pegawai keselamatan Israel yang enggan dinamakan memberitahu KAN bahawa kerajaan Israel telah “menolak ke tepi” satu perjanjian yang hampir dimuktamadkan bagi pembebasan sebahagian tebusan.
Beliau turut mendakwa, Netanyahu bertindak tergesa-gesa meninggalkan rundingan tersebut.
“Walaupun Hamas mengenakan beberapa syarat, jurang perbezaan sebenarnya boleh dijambatani. Israel melepaskan peluang itu,” kata pegawai tersebut.
Netanyahu kini berdepan kritikan hebat dalam dan luar negara yang menuduh beliau sengaja memanjangkan tempoh perang demi kepentingan politik peribadi, bukan untuk keselamatan negara.
Sejak 7 Oktober 2023, Israel terus melancarkan serangan besar-besaran ke atas Gaza, mengorbankan hampir 61,000 penduduk Palestin, majoritinya wanita dan kanak-kanak. Kempen ketenteraan itu juga telah melumpuhkan sepenuhnya wilayah Gaza dan mendorongnya ke ambang kebuluran.
Pada November lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel kini turut berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) susulan serangan berterusan ke atas wilayah Palestin itu. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini

#Benjamin Netanyahu
#Donald Trump
#Israel kuasai Gaza
#restu Donald Trump
#operasi ketenteraan
#gencatan senjata