DUNIA
Netanyahu sahkan bakal bertanding semula jawatan Perdana Menteri Israel pada 2026
Netanyahu mengesahkan beliau akan sekali lagi bertanding bagi jawatan Perdana Menteri Israel dalam pilihan raya yang dijadualkan berlangsung pada November 2026 dan yakin akan meraih kemenangan. - Gambar Reuters
BAITULMAQDIS: Benjamin Netanyahu, mengesahkan beliau akan sekali lagi bertanding bagi jawatan Perdana Menteri Israel dalam pilihan raya yang dijadualkan berlangsung pada November 2026 - dan yakin akan meraih kemenangan.
Dalam satu temu bual eksklusif di saluran kanan konservatif Channel 14, Netanyahu ketika ditanya sama ada beliau berhasrat mempertahankan jawatan itu menjawab dengan ringkas: “Ya.”
Ditanya lanjut sama ada beliau menjangka untuk menang, pemimpin berpengalaman itu menegaskan sekali lagi: “Ya.”
Netanyahu yang juga ketua parti Likud, parti utama blok kanan Israel, kini memegang rekod sebagai Perdana Menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah Israel - lebih 18 tahun secara keseluruhan sejak 1996, dengan beberapa tempoh pentadbiran berselang.
Dalam pilihan raya terakhir, parti Likud pimpinan Netanyahu memenangi 32 kerusi di Knesset (Parlimen Israel), disokong oleh sekutu ultra-Ortodoks dengan 18 kerusi, serta gabungan Religious Zionism yang memperoleh 14 kerusi - pencapaian tertinggi bagi blok kanan radikal.
Penggal semasa pentadbiran Netanyahu bermula dengan rancangan kontroversi untuk merombak sistem kehakiman, yang mencetuskan protes besar-besaran di seluruh negara selama berbulan-bulan dengan puluhan ribu rakyat Israel turun ke jalanan hampir setiap hari.
Sejak tercetusnya perang akibat serangan mengejut Hamas pada 7 Oktober 2023, Netanyahu turut berdepan kritikan semakin hebat, khususnya daripada keluarga tebusan yang menuduh beliau gagal menguruskan krisis peperangan dan rundingan pembebasan tahanan dengan berkesan.
Walaupun berdepan tekanan dalaman dan cabaran politik yang semakin meningkat, Netanyahu menegaskan, beliau masih mendapat sokongan akar umbi dan kekal yakin akan meneruskan kepimpinannya selepas pilihan raya akan datang. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini