INTERNATIONAL
Netanyahu tunggang agama, 'halalkan' serangan baharu ke atas Gaza - Penganalisis
Netanyahu ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada September 2024, tanpa mengendahkan tekanan badan dunia itu untuk membenarkan bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza. - Reuters
KUALA LUMPUR: Pemilihan nama Gideon’s Chariot untuk operasi ketenteraan baharu di Gaza oleh rejim Israel ialah tindakan menunggang agama untuk memujuk penyertaan rakyatnya dalam pasukan tentera negara haram itu.
Ringkasan AI
Prof. Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff berkata, terdapat penolakan keras dalam kalangan rakyat Israel terhadap operasi ketenteraan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu ini.
“Kali ini mereka menggunakan nama Gideon atau Talut. Nama Talut disebut dalam al-Quran dan tenteranya menyerang Jalut. (Nama Gideon ini dipilih) untuk menaikkan semangat orang Yahudi. Pada masa ini rakyat Yahudi sudah marah kepada Netanyahu.
“Puncanya, mereka diarah untuk sertai tentera simpanan. Maka gerakan (Gideon’s Chariot) merupakan gerakan politik. Pihak Netanyahu menggunakan istilah agama kononnya perang ini ialah perang suci, dengan harapan menarik hati serta perasaan rakyat (untuk sertai misi ketenteraan di Gaza),” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Dalam temu bual sama, Eksekutif Advokasi dan Penyelidikan MyCARE, Megat Aiman Hakim Megat Shariffudin menjelaskan operasi Gideon’s Chariot yang dilancarkan oleh Netanyahu merupakan usaha untuk mengumpul anggota tentera yang mencukupi bagi operasi darat di Gaza.
Menurutnya, bilangan tentera yang sukarela masuk semula ke Gaza selepas pertempuran dengan Hamas adalah terlalu sedikit, antaranya disebabkan kesan trauma perang.
"Selepas serangan udara, mereka akan mulakan fasa kedua dengan menjalankan operasi darat. Israel memerlukan sekurang-kurang lima divisyen tentera yang melibatkan 50,000 orang tentera untuk masuk ke Gaza.
“Tetapi hari ini kita lihat ramai dalam kalangan anggota tentera tolak untuk berkhidmat dalam Gaza. Penolakan ini akibat trauma, kecederaan dan tidak ada harapan untuk terus berada dalam zon dijajah Zionis,” ujarnya.
Sejak Sabtu lalu, tentera Israel telah melancarkan operasi Gideon’s Chariot yang dikatakan untuk menghapuskan fasiliti senjata Hamas, memberi tekanan kepada Hamas untuk membebaskan tebusan dan menguasai keseluruhan Gaza kononnya untuk membolehkan kemasukan bantuan kemanusiaan.
Agenda AWANI: Operasi 'Gideon's Chariots' | Israel Gempur Gaza!
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Penggunaan Nama Agama untuk Propaganda: Nama Gideons Chariot digunakan oleh Israel sebagai simbol keagamaan untuk menaikkan semangat rakyat Yahudi dan memujuk mereka menyertai tentera.
- Penolakan Rakyat terhadap Penyertaan Tentera: Ramai rakyat Israel, termasuk tentera simpanan, enggan menyertai operasi darat di Gaza kerana trauma.
- Tujuan Operasi dan Kekangan Ketenteraan: Operasi ini didakwa untuk menghapuskan fasiliti Hamas dan menguasai Gaza, namun kekurangan anggota tentera sukarela menjadi cabaran besar bagi Israel.