awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

New Delhi naikkan denda tidak pakai pelitup muka

Saraya Mia
Saraya Mia
19/11/2020
22:45 MYT
New Delhi naikkan denda tidak pakai pelitup muka
India melaporkan sebanyak 45,576 kes positif COVID-19 baharu pada Khamis, lonjakan yang tinggi berbanding kes yang dilaporkan dalam tiga hari berturut-turut sebelum ini, iaitu kurang 39,000 kes. -Gambar fail
NEW DELHI:New Delhi menaikkan denda bagi mereka yang ingkar memakai pelitup muka di tempat awam kepada 2,000 rupee (RM110) berbanding 500 rupee (RM27) sebelum ini.
Dalam sidang media pada Khamis, Ketua Menterinya Arvind Kejriwal berkata usaha itu bagi membendung penularan COVID-19 di dalam negara yang melihat peningkatan kes positif dan kes kematian beberapa hari lalu, lapor agensi berita India, NDTV.
India melaporkan sebanyak 45,576 kes positif COVID-19 baharu pada Khamis, lonjakan yang tinggi berbanding kes yang dilaporkan dalam tiga hari berturut-turut sebelum ini, iaitu kurang 39,000 kes.
Dalam pada itu, Arvind memberitahu NDTV bahawa beliau sedang berusaha mendapatkan lebih 1,400 katil unit rawatan rapi (ICU), termasuk 663 di hospital kerajaan ibu kota, serta 750 di pusat fasiliti.
Tambah beliau, jumlah katil bukan ICU pula akan ditingkatkan 50 hingga 60 peratus, manakala 80 peratus katil akan dikhaskan bagi pesakit COVID-19 bermula Khamis.
Kes kumulatif positif COVID-19 di India kini mencecah 8.95 juta dengan 131,578 kematian setakat Khamis, menjadikan negara itu negara kedua paling teruk terjejas selepas Amerika Syarikat (AS).
Topic Berkaitan
#New Delhi
#India
#COVID-19
#pelitup muka
#ICU
#Arvind Kejriwal
#unit rawatan rapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan