NEW DELHI: New Delhi mewajibkan orang ramai memakai pelitup muka di kawasan awam susulan peningkatan kes COVID-19 di bandar raya itu.

Langkah itu diputuskan selepas pihak berkuasa terdiri Gabenor Anil Baijal, Ketua Menteri Arvind Kejriwal dan berapa pegawai kanan yang lain menilai situasi terkini.

New Delhi yang didiami kira-kira 20 juta penduduk, sebelum ini telah melonggarkan kebanyakan sekatan COVID-19 namun, beberapa hari kebelakangan ini telah menyaksikan peningkatan kes.

Kes baharu yang dilaporkan itu turut melibatkan kanak-kanak sekolah.

"Selepas berunding dengan pakar didapati bahawa prosedur operasi standard untuk pencegahan dan pengurusan COVID-19 perlu ditetapkan di sekolah dan memastikan langkah keselamatan yang ketat dilaksana oleh pihak pengurusan sekolah," kata Baijal.

New Delhi pada Rabu melaporkan 632 kes baharu dalam tempoh 24 jam manakala jumlah keseluruhan kes di India adalah sebanyak 2,067.

-- BERNAMA